Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Sampah Orang Jadi Punca Rezeki! Gadis Pemegang Ijazah Buang Rasa Malu Kerja Kutip Sampah

Tahun 2020 merupakan tahun yang paling mencabar buat penduduk dunia. Dikala menghadapi masalah pandemik, kita juga berdepan dengan situasi getir melibatkan ekonomi.

Menurut laporan, di Negara Malaysia sahaja, rakyat berdepan dengan kehilangan pekerjaan. Trend tersebut terus meningkat dari 50 peratus sehingga hampir 200 peratus menjelang akhir tahun ini.

Hal ini terjadi berikutan banyak syarikat dan juga perusahaan mula gulung tikar dan tidak mampu menampung gaji pekerja yang sedia ada dan juga kos operasi akibat terkesan dengan wabak Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Syarikat Besar Pun Terjejas! Air Asia Berhentikan Lebih 300 Kakitangan Termasuk Pilot
GRADUAN IJAZAH ANGKAT SAMPAH UNTUK RAIH PENDAPATAN

Saban hari ada sahaja kisah menyayat hati golongan kurang bernasib baik yang terpaksa diberhentikan kerja. Begitu juga lah yang dihadapi seorang gadis yang sebelum ini berkhidmat sebagai pereka tudung yang akhirnya terpaksa akur diberhentikan.

Tidak patah semangat, dia yang dikenali sebagai Wan Nur Elisa Adreena Wan Jusoh memiliki Ijazah Sarjana Muda Seni Bina mencari alternatif lain dalam mencari sumber kewangan dalam tempoh sukar.

KENAKAN BAYARAN RM1

Elisa yang berusia 24 tahun menawarkan khidmat mengangkat sampah secara sambilan dan hanya mengenakan kadar bayaran sebanyak RM1 untuk perkhidmatan tersebut. Elisa menjalankan kerja mengangat sampah ini khusus bagi penduduk di Apartmen Cempaka Sari, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

Jelas Elisa, dia terfikir untuk melakukan tugas tersebut berikutan terinspirasi dengan rakannya yang menjual tepung pelita sambal meninfak ketika bulan Ramadhan lalu. Secara tidak langsung tugasannya ini meringankan beban orang lain dengan kadar yang mampu untuk dibayar.

Pelanggan hanya perlu mengirimkan pesanan ringkas di Whatsapp kemudian menyertakan maklumat rumah untuk melanggan khidmat membuang sampah dari Elisa.

BUKAN KERJA HAKIKI, SEDEKAH DALAM CARA BERBEZA

Khidmat membuang sampah ini bukan lah kerja hakikinya. Elisa memberitahu yang dia masih lagi mencari pekerjaan tetap lain demi masa depannya.

Tambah Elisa lanjut, khidmat angkat sampah tidak semata-mata untuk mencari duit bahkan usahanya untuk bersedekah dengan cara yang berbeza.

Jelas lah bahawa tiada sebab untuk kita berasa susah. Yang penting berfikiran kreatif dan rajin dalam melalukan sesuatu perkara. Semoga usaha Elisa ini menjadi contoh yang baik buat mereka yang turut kehilangan punca rezeki.

Kongsi artikel ini: