Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Rasanya semua sedia maklum dengan aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih selesa disapa sebagai Uncle Kentang. Dia antara individu yang berhati besar dalam membuat kerja amal dan membantu insan yang memerlukan di Negara kita.
Antara yang paling diingati ramai adalah perkhidmatan van jenazah, ambulans dan restoran makanan percuma untuk golongan yang tidak bernasib baik. Perkara ini bukan lah sesuatu hal yang mudah untuk dilakukan.
Bayangkan jika ramai golongan berkemampuan bertindak sedemikian, alangkah bahagianya masyarakat miskin kerana nasib mereka terbela.
Dalam perkembangan terbaru, Uncle Kentang ada memuat naik status baru di laman Facebook miliknya sebentar tadi. Perkongsian tersebut boleh dikatakan membawa berita baik untuk orang ramai khususnya.
Jelasnya, Ustaz Ebit Lew telah menempah sebuah van jenzah dan dalam perancangan untuk bekerjasama dalam perjuangan ke arah kubur.
Tambahnya lagi, dalam orang lain sedang berebut kerusi, Uncle Kentang menyeru agar kita sama-sama merebut dalam menyantuni kubur yang bakal dijadikan kediaman abadi suatu masa nanti.
“Bersama bro aku Mizey dan team Ebit Lew. Di maklumkan UEL telah tempah sebuah van jenzah untuk membantu golongan yang susah.dan kami kongsi pengalaman dalam urusan Van jenzah dan ambulan.”
Sudah pasti perkongsian tersebut mendapat reaksi orang ramai. Netizen sangat berterima kasih kepada kedua wira yang tak diundang ini dalam membantu memudahkan urusan orang ramai.
Mereka juga tak putus-putus memuji dan menyokong usaha penuh kerjasama antara Uncle Kentang dan juga Ebit Lew dalam memberi kebaikan bersama. Semoga urusan mereka dipermudahkan kelak.
Kesimpulannya, diharapkan perkara baik yang dilakukan oleh insan-insan hebat ini memberi contoh kepada kita semua. Antara hikmah terbesar yang dapat kita lihat adalah semakin banyak kita memberi, semakin melimpah ruah rezeki yang Allah curahkan.