Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Dah 7 Tahun Orang Masih Mengata! Izzue Islam Luah Dugaan Yang Dihadapi Sepanjang Perkahwinan

Kerap kali penulis tekankan bahawa perkahwinan bukan lah suatu hal yang boleh dipandang remeh. Ianya melibatkan kesefahaman dan saling menghormati antara suami isteri dalam memastikan rumah tangga kekal bahagia.

Sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri. Menjadi lumrah dalam rumah tangga jika timbul salah faham. Namun menjadi luar biasa jika ada salah seorang membuat onar dan mula mencari cinta baru.

7 TAHUN BERDEPAN DENGAN CEMUHAN NETIZEN

Tak cukup dengan itu, ada juga pasangan diuji dengan penantian zuriat. Itu lah yang dihadapi oleh selebriti kacak, Izzue Islam dan pasangan, Awin Nurin. Bagi yang tidak tahu, mereka berdua bakal menyambut ulang tahun ke-tujuh perkahwinan tidak lama lagi.

Namun sehingga kini, Awin Nurin sering sahaja berdepan dengan mulut-mulut makcik bawang yang ada sahaja kurang senang dengan kebahagiaan mereka.

AWIN TAK TERASA HATI ATAU CEPAT MELATAH

Jelas Izzue, biarpun sering menjadi buah mulut, isterinya tidak cepat melatah atau pun terasa hati dengan cemuhan netizen terhadapnya ataupun berkata bukan-bukan pasal mereka. Malah boleh dikatakan lali dengan perkara sedemikian.

Sehingga kini pasangan sama cantik sama padan masih lagi belum dikurniakan cahaya mata. Tambah Izzue, dia tidak terasa hati jika ada pihak yang masih mengajukan soalan sama perihal tersebut kerana bagi dia itu adalah suatu doa yang mungkin bakal dimakbulkan kelak.

“Kami suka bila orang tanya pasal anak. Sebab bila orang tanya tu maknanya orang sedang mendoakan kami juga.” Jelas Izzue kepada mStar Online.

LANCAR SINGLE TERBARU BAGI MEMPERINGATAI ULANG TAHUN PERKAHWINAN

Sebagai rekod, selasa depan merupakan ulang tahun kelahiran Izzue kali ke-30 dan juga ulang tahun perkahwinan mereka. Jadi sebuah single khas berjudul “Biar” akan dilancarkan dalam memperingati ulang tahun perkahwinan ke-tujuh mereka itu.

Konklusinya, setiap rumah tangga yang dibina akan berdepan dengan ujian masing-masing. Yang penting sikap pasangan itu sendiri dalam mengawal keadaan agar tidak menjadi lebih melarat.

Apa pun sama-sama kita doakan agar Izzue dan Awin cepat dikurniakan cahaya mata dalam melengkapi lagi hubungan mereka berdua.

Kongsi artikel ini: