Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Syarikat Besar Pun Terjejas! Air Asia Berhentikan Lebih 300 Kakitangan Termasuk Pilot

Wabak pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia sesungguhnya memberi kesan bukan sahaja dalam segi kesihatan sejagat tetapi juga dalam ekonomi global tidak kira sektor apa pun. Begitu juga dengan Malaysia yang terkesan dalam pelbagai aspek.

Kemelut ekonomi global ini turut dirasakan oleh semua syarikat penerbangan kerana kebanyakkannya tidak dapat beroperasi seperti sedia kala. Terbaru, syarikat penerbangan tambang murah AirAsia didakwa sedang membuat proses pengecilan struktur syarikat.

HAMPIR 300 KAKITANGAN DIBERHENTIKAN

Menurut laporan Astro Awani, Air Asia akan melakukan proses itu dalam masa yang terdekat.Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Riad Asmat dalam sesi taklimat bersama kakitangan syarikat tersebut.

Kredit Astro Awani

Memetik kenyataan Riad Asmat situasi yang dihadapi oleh Air Asia Berhad kini adalah amat sukar dan langkah mengurangkan, memantau faktor dalaman danluaran adalah tidak mencukupi. Di samping itu dia menyatakan kepada semua kakitangan yang terlibat bahawa mereka akan diberitahu hal lanjut menerusi email masing masing.

TIADA PILIHAN LAIN KECUALI PENSTRUKTURAN SEMULA

Ketua Pegawai Eksekutif itu juga meminta maaf dengan semua kakitangan yang terlibat dan memaklumkan ini adalah pilihan yang dia ada bagi menyelamatkan lagi Air Asia buat masa hadapan. Raid Asmat juga tidak dapat memberi jaminan bila syarikat penerbangan ini dapat beroperasi dengan normal.

Dalam masa yang sama, nasib kepada kakitangan yang masih didalam struktur syarikat juga tidak dapat dikenalpasti samaada akan dikurangkan gaji ataupun seperti sediakala.

Tambahnya lagi, penstrukturan syarikat ini terlibat bagi semua kumpulan Air Asia Berhad termasuklah bagi pengurusan penerbangan luar Negara iaitu Air Asia X. menurutnya Air Asia X yang beroperasi sebanyak 32 pesawat terdahulu kini hanya menggunakan sekitar 15 pesawat termasuklah jadual penerbangan yang berubah semakin sedikit.

Walaubagaimanapun, masih belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak pengurusan Air Asia setakat petang ini. Penulis berharap agar individu yang terlibat terus tabah dan kuat demi meneruskan kehidupan yang mendatang.

Kongsi artikel ini: