Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cakap Tak Serupa Bikin! Netizen Pertikai Produk Kurus Keluaran Zulin Aziz

Menjadi impian setiap wanita untuk tampil kurus dan langsing sekaligus berasa diri sendiri sangat yakin. Namun begitu, untuk mengekalkan berat badan yang ideal itu memerlukan satu usaha yang sangat berdisiplin contohnya menjaga makan dan juga bersenam dengan kerap.

Bukan sahaja ingin kelihatan cantik, tetapi wanita cenderung untuk tampil langsing demi untuk kesihatan diri sendiri dan ada juga yang ingin kelihatan lebih baik selepas mengalami patah hati.

BERAT BADAN MENYUSUT DENGAN BEGITU CEPAT

Sama seperti pelakon dan pengacara, Zulin Aziz yang begitu tekad ingin menurunkan berat badan demi untuk kelihatan lebih sihat dan juga cantik. Zulin Aziz tampil dengan imej terbaru yang kelihatan lebih langsing dan berjaya menurunkan berat badan daripada 85kg kepada 58 kg dalam masa yang singkat.

Sumber Instagram

Perjalanan untuk kurus pernah beberapa kali gagal dan dia mengambil masa yang lama untuk kembali bersemangat. Jelas Zulin hal ini tidak mustahil kerana dia membuang sikap malas dalam dirinya demi untuk kurus.

Ramai warganet yang mengagumi dengan usaha keras yang dilakukan oleh Zulin lebih lebih lagi dia sering kali berkongsi kisah perjalanan kurusnya di media sosial milik peribadi contohnya di Instagram dan juga Twitter.

BERKONGSI KISAH “HEART BREAK” DAN PRODUK BARU

Terbaru melalui satu posting di Instagram, Zulin Aziz telah memuat naik satu video pendek menceritakan keperitan yang telah dilalui oleh dirinya apabila dia ditinggalkan oleh kekasih hati sebelum majlis perkahwinan mereka.

Video pendek berdurasi satu minit itu memaparkan perjalanan Zulin sepanjang untuk menurunkan berat badan dan berjaya tampil dengan imej baru lebih langsing. Namun begitu, pada akhir video itu dia telah mempromosikan satu produk kurus yang dipercayai miliknya.

Menurutnya, produk yang diberi nama ‘Magia Diet Mealz’ ini adalah bertujuan bagi mengurangkan kadar obesity terutamanya di Malaysia. Tambahnya lagi, produk ini berdasarkan formula yang dibuat oleh pakar nutrisi dan akan bertindak sebagai pengganti makanan.

Sumber Twitter
JUAL CERITA SEDIH DEMI PRODUK

Menerusi perkongsian yang dibuat itu, produk ini mampu membuang toksin didalam badan agar nutrisi lain senang diserap. Hal ini telah menimbulkan rasa kurang senang bagi jabatan netizen semua.

Sumber Twitter

Warganet berpendapat Zulin menjual cerita sedih di laman sosial untuk kurus dan seterusnya tampil dengan produk keluarannya sendiri. Netizen mempertikaikan produk ini kerana terdahulu Zulin ada berkongsi bahawa dia mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk menurunkan berat badan.

Sumber Twitter

Macam mana pun masih belum ada respond daripada tuan punya badan sendiri, penulis berharap warganet dapat menilai sendiri.

Kongsi artikel ini: