Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Teruk Dihentam Nyanyian Terkucil, Nabila Razali Tampil Beri Kenyataan Punca Terjadinya Insiden Memalukan

Penyanyi terkenal, iaitu Nabila Razali menjadi bualan hangat sejak beberapa hari lalu berikutan nyanyiannya sewaktu secara langsung dalam rancangan MeleTOP Mega Raya Ria terkucil pada part korus.

Sudah pasti peminat jadikan kesilapan kecil penyanyi ini mendendangkan lagu Peluang Kedua sebagai bahan untuk mereka menilai kemampuan sebenar Nabila. Tak cukup dengan itu, mereka turut membandingkan Nabila sebagai penyamar bersuara sumbang dalam I Can See Your Voice.

ARTIKEL BERKAITAN: Boleh Terkucil Ketika Live! Nyanyian Nabila Razali Buat Penonton Berasa Terluka Di Telinga
NABILA RAZALI AKUI KESILAPAN DIRI

Tidak hanya mendiamkan diri, penyanyi berkenaan tampil meluah rasa mengenai insiden yang memalukan itu. Akui Nabila, apa yang berlaku ke atas dirinya sepanjang tempoh persembahan tersebut disebabkan kesilapan diri sendiri.

Nabila kesal dengan apa yang berlaku. Jelasnya dia kurang memanaskan badan sebelum bernyanyi selain tidak menjaga permakanan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Selain itu, lama tidak membuat persembahan di atas pentas menjadi salah satu punca lahirnya rasa gugup dan persembahan pada hari kejadian adalah malam paling gementar buat Nabila sepanjang kerjayanya sebagai penyanyi.

BERASA TERKILAN DENGAN KOMEN PEDAS NETIZEN

Jelasnya lagi, dia memohon maaf kerana telah mengecewakan peminat kerana dia tahu ramai meletakkan harapan yang tinggi padanya selama ini.

Walau bagaimanapun kejadian tersebut sedikit sebanyak telah mengganggu emosi Nabila. Dia berasa terkilan dengan kata-kata kurang baik yang ditinggalkan oleh orang ramai yang menghentam suaranya bertalu-talu.

Tambahnya lagi, netizen sanggup membesar-besarkan hal tersebut dan menggunakan perkataan yang kasar. Sepatutnya ia boleh ditegur dengan cara berhemah dan mudah untuk diterima.

TIDAK PATAH SEMANGAT UNTUK TERUS BERKARYA

Sebagai manusia, kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Dan kesilapan lalu tidak mematahkan semangat Nabila untuk terus kekal dalam industri hiburan tanah air dan pergi lebih jauh lagi.

Dia yakin bahawa sentiasa ada ruang untuknya perbaiki kekurang diri sebagai penghibur. Segala kata-kata positif akan Nabila ambil sebagai pengajaran dan yang buruk sebagai pedoman.

Kesimpulannya, untuk berjaya memerlukan jati diri yang tinggi. Usaha itu tangga kejayaan dan kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa melalui pahit jerih kehidupan. Semoga maju jaya buat Nabila Razali.

Kongsi artikel ini: