Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Siap Bergincu, Wanita Jumpa Kanak-Kanak Kecil Merayau Seorang Diri Sambil Menangis Di Tepi Jalan

Dewasa kini kita sering sahaja mendengar kisah kehilangan anak kecil gara-gara kelalaian penjaga. Selagi tak jadi kat batang hidung sendiri, selagi tu la ramai yang masih memandang ringan soal keselamatan anak.

Perkara yang tak diingini boleh sahaja berlaku tanpa diduga sesuai dengan ungkapan “malang tidak berbau”. Harus diingat bahawa pemerdagangan manusia sangat aktif terutama dari kalangan kanak-kanak.

RAMBUT KEMAS, SIAP PAKAI GINCU

Oleh itu, para ibu bapa harus lah mengawasi pergerakan anak kecil senantiasa. Dalam perkongsian terbaru, seorang kanak-kanak perempuan yang berpakaian lengkap dan rambut diikat rapi serta siap memakai gincu ditemui sedang menangis di tepi jalan.

Kejadian yang berlaku hari ini di kawasan Prima Saujana, Kajang telah menjadi persoalan ramai. Nasib baik bagi kanak-kanak tersebut apabila dia dijumpai oleh seorang peniaga, iaitu Upik Ilias yang kebetulan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Sungai Kantan.

KELIHATAN SANGAT TAKUT, KURANG JELAS PERCAKAPAN

Sewaktu kejadian, Upik dan suaminya terkejut apabila ternampak seorang kanak-kanak yang sedang berusaha untuk melintas jalan. Jadi, risau dengan keselamatan kanak-kanak tersebut, Upik meminta suaminya berpatah balik untuk melihat keadaan sebenar.

Jelas Upik lagi, ketika dia menemui kanak-kanak itu, dia kelihatan sangat takut. Bila ditanya pula, percakapanya kurang jelas dan teragak-agak untuk difahami. Tidak melengahkan masa, dia dan suami kemudian membawa kanak-kanak tersebut ke Balai Polis Kajang untuk tindakan selanjutnya.

MASIH BELUM ADA WARIS YANG MENUNTUT

Sehingga kini difahamkan belum ada lagi waris yang datang menuntut kanak-kanak berkenaan. Punca kanak-kanak tersebut boleh belegar di jalan raya besar juga tidak dapat dipastikan.

Semoga penjaga atau waris yang mengenali kanak-kanak tersebut segera hadir ke balai polis untuk membantu siasatan.

Melihat kepada reaksi orang ramai, rata-rata terkejut dan bersimpati mengenangkan nasib kanak-kanak kecil itu. Mereka turut mendoakan agar dia terpelihara dan selamat dari segala perkara buruk.

Kesimpulannya, diharapkan ibu bapa dapat jadikan kisah ini sebagai pengajaran agar anak-anak sentiasa selamat di bawah jagaan. Jangan disebabkan lalai sekali, seumur hidup menanggung deritanya.

Kongsi artikel ini: