Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kisah cinta aktres cantik iaitu Intan Ladyana bersama Harris Alif bukan lagi rahsia. Biar pun jarak umur 17 tahun, namun ianya tidak menghalang kedua mereka dari berkongsi kasih sayang apabila tampil sedondon dengan beraya bersama.
Kalau nak diikutkan mulut manusia, serba serbi tidak kena apatah pula melibatkan hubungan cinta antara wanita berusia dan juga lelaki muda. Bermacam-macam pandangan peminat terhadap kedua mereka.
Dalam perkembangan terbaru, semalam merupakan ulang tahun kelahiran Intan yang ke-38 tahun. Apa yang menarik mata peminat adalah aktres berkenaan telah menerima sejambak bunga ros dan juga kad ucapan romantis dari Harris.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Intan menerusi laman Instagramnya pada beberapa jam yang lalu.
Sudah pasti dengan perkongsian manis kedua mereka di media sosial telah mendapat reaksi dari netizen. Rata-rata sangat teruja dan mengharapkan kedua mereka dapat berakhir hingga ke jinjang pelamin.
Ramai yang mula perasan bahawa pasangan ini memiliki wajah yang seiras. Bak kata orang tua, pasangan yang wajahnya sama memiliki jodoh yang kuat.
Dalam pada itu, Harris pernah memberitahu yang dia sudah pun mengenali Intan sejak 9 tahun yang lalu lagi. Tetapi sejak beberapa bulan ini baru lah mula rapat dan saling berhubung.
Jelas Harris, dia mula menaruh hati pada pelakon berkenaan berikutan perwatakan Intan yang lemah lembut dan juga keperibadian yang baik.
Kesimpulannya, jodoh itu rahsia Tuhan. Angka bukan lah penentu kepada kebahagiaan seseorang. Yang paling penting adalah kesefahaman dan saling hormat-menghormati.
Beberapa pasangan selebriti sudah pun menunjukkan bukti berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih muda mampu hidup bahagia seperti pasangan yang lain.