Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Malaysia merupakan salah satu Negara yang sangat terbuka dalam menerima warga asing bagi memenuhi sektor pembangunan dan juga pengilangan. Namun ianya bukan tiket untuk mereka berasa bebas dan boleh melakukan sesuka hati di Negara ini.
Undang-undang Negara perlu dipatuhi dan mengikut segala prosidur yang ditetapkan terutama soal dokumen selama mana berada di Malaysia.
Terbaru, menerusi perkongsian Jabatan Imigresen Malaysia melalui laman Facebook milik mereka sebentar tadi memaklumkan telah berjaya membanteras seramai 240 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia.
Kesemua PATI ditahan di Pusat Tahanan Sementara di Tawau dan bakal dihantar pulang ke Negara asal mereka pada hari ini.
Menurut Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah iaitu Sharifah Siti Saleha Habib Yusof memberitahu semua PATI diusir menggunakan feri penumpang dari Pelabuhan Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) Tawau ke Pelabuhan Nunukan, Indonesia.
Kejayaan menghantar pulang mereka ini adalah pengusiran siri ke-15 dan juga ke-16 melalui jalan laut pada tahun 2020 melibatkan warga asing dari Filipina serta Indonesia. Ini menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang diusir seramai 3,753 orang sepanjang tahun ini.
Mengenai isu kesihatan, Sharifah memaklumkan yang pihaknya sangat mematuhi keputusan kerajaan dalam berdepan situasi semasa. Kesemua tahanan menjalani saringan Covid-19 sebelum dihantar pulang dan mengamalkan kebersihan sepanjang proses pengusiran.
Melihat kepada reaksi netizen, rata-rata mengucapkan tahniah buat kerajaan terutama Jabatan Imigresen Malaysia dan juga agensi-agensi lain yang turut terlibat sama dalam menjaga kedaulatan Negara.
Mengusir bukan bermaksud Malaysia membenci. Mereka harus sedar bahawa setiap Negara mempunyai peraturan tersendiri dalam menerima warga asing yang ingin mencari rezeki di Negara ini. Pulang lah dengan aman!