Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak Cepat Melatah! Jumpa Peniaga Tanpa Lesen, Annuar Musa Titip Kata-kata Semangat

Sebagai sebuah negara berpelembagaan, kita semua mesti tahu bahawa segala aktiviti perniagaan mestilah mempunyai lesen berniaga yang diluluskan oleh majlis daerah. Hal ini termasuklah bagi yang berniaga dengan kenderaan (foodtruck) atapun di gerai di bahu jalan.

Lesen yang sah mestilah mempunyai tarikh sah dan mesti diperbaharui pada masa tertentu. Namun begitu, tidak semua peniaga kecil yang mematuhi perintah ini. Peniaga memerlukan modal dan menunggu masa yang lama bagi proses b[membuat lesen.

MENGAMBIL BERAT AKAN USAHA PENIAGA KECIL

Terbaru, satu posting yang dimuat naik sendiri di akaun Twitter milik peribadi Menteri Wilayah iaitu Tan Sri Annuar Musa telah mendapat perhatian warganet. Tweet itu menunjukkan bahawa Menteri Wilayah ini sangat prihatin dengan rakyat.

Sumber Twitter

Ketika Tan Sri Annuar Musa sedang bersenam di sekitar kawasan Jalan Beringin dia telah berjumpa dengan peniaga foodtruck di bahu jalan dan bertindak menyapa peniaga itu. Ramai yang memuji sikapnya yang bersahaja.

BERNIAGA TANPA LESEN, HANYA MEMBERI NASIHAT TERUSKAN BERNIAGA

Menurut posting itu, dia telah menyapa seorang peniaga foodtruck yang dikenali sebagai Kak Nah di tepi jalan dana pa yang menjadi perhatian, Kak Nah tidak mempunyai lesen perniagaan. Kak Nah berniaga nasi beraneka lauk untuk makanan sarapan.

Tambahnya lagi, peniaga ini telah lama menjalankan aktiviti perniagaan di bahu jalan tanpa mempunyai sebarang lesen yang sah. Apa yang menarik lagi Tan Sri Annuar Musa telah memberikan respon yang positif kepada peniaga itu.

Sumber Twitter
“Ada lesen tak? .. Tak ada.. Hahaha.. Teruskan berniaga Kak Nah. Semoga terus maju jaya mencari Rezeki. Lesen boleh urus nanti..”

Dengan begitu sporting Tan Sri Annuar Musa menasihatkan agar peniaga itu terus mencari rezeki dan berusaha untuk memohon lesen perniagaan yang sah demi kepentingan dimasa hadapan.

BAGUS LAH MACAM NI, BUKAN TERUS TUTUP GERAI

Perkongsian yang dimuat naik ini mendapat pujian netizen dengan menyifatkan Menteri Wilayah ini menunjukkan contoh yang baik kepada umum. Netizen sangat bersetuju dengan pendekatan yang positif daripada Menteri Wilayah baru ini.

Sumber Twitter

Dalam masa yang sama, netizen berharap agar contoh ini menjadi teladan agar oeniaga kecil tidak lagi ditindas terutamanya di waktu genting untuk mencari sesuap nasi.

Kongsi artikel ini: