Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Setiap individu mestilah ada bercita-cita untuk menjadi kaya-raya dan boleh saling membantu satu sama lain. Begitu juga dengan pendakwah selebriti iaitu Ebit Lew yang memang terkenal dengan kerja -kerja amal membantu golongan yang kurang mampu.
Tambah lagi pada musim PKP yang dikuatkuasakan oleh kerajaan ni banyak individu yang terkesan kerana tidak dapat menjalankan aktiviti mencari rezeki seperti kebiasaan.
Selain terkenal dengan dakwah, Ebit Lew juga mempunyai restoran yang mempunyai 3 cawangan di Lembah Klang dan juga jenama butik sendiri. Beliau dapat membahagikan masa dengan menguruskan perniagaan, berdakwah dan giat ke seluruh Malaysia membantu yang kurang mampu.
Terbaru, Ustaz Ebit Lew telah memuat naik satu posting di laman sosial miliknya dengan mencari pembekal bagi barangan runcit. Ebit Lew kini sedang merancang bagi membuka kedai barangan runcit dengan dinamakan ElewsMart.
BACA : Baik Sokong Produk Tempatan! Lepas Butik Ebit Lew, Netizen Berpakat “Serbu” Butik Adam Corrie
Dalam masa itu, Ebit Lew berusaha bagi mencari pembekal yang boleh menawarkan harga paling murah bagi barangan di kedainya. Dia memohon agar sesiapa yang boleh memberikan info terus meninggalkan pesanan di ruangan komen.
Dengan memuat naik posting itu, ramai warganet yang teruja dengan usaha Ebit Lew untuk membuka kedai barangan runcit. Dalam masa yang sama, netizen amat menghargai konsep yang ingin dilakukan demi memasarkan barangan runcit paling murah dalam pasaran di Malaysia.
Konsep yang menarik perhatian ramai netizen ini mendapat pujian dan juga doa di ruangan komen. Dalam masa yang sama Ebit Lew meminta orang ramai agar mendoakan usaha yang igin dilakukan ini berjaya dengan lancar.
Ebit lew telah memberitahu yang dia sedang giat mengubahsuai 10 buah kedai untuk dijadikan ElewsMart. Dia juga menegaskan bahawa kedai barangan runcit ini adalah asbab untuk kebaikan bagi dirinya.
Ternyata konsep yang ingin dilakukan ini sangat sesuai dengan golongan yang kurang mampu agar dapat memastikan mendapat bekalan dengan harga yang berpatutan. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan demi kepentingan sejagat.