Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Cantik Semula Jadi! Gadis Sebelah Mata Curi Perhatian Ramai Setelah Terima Sentuhan Jurusolek Artis

Kekurangan diri bukan lah kayu pengukur kepada kejayaan seseorang tambah lagi melibatkan soal cantik. Itu lah kata-kata positif yang sering diguna pakai dalam memberi semangat kepada mereka yang kurang upaya.

ANGGOTA BADAN TAK SEMPURNA BUAT DIRI KURANG YAKIN

Tidak dinafikan, jika kita memiliki anggota badan yang tidak sempurna boleh menggugat rasa kurang yakin bila tampil di khalayak ramai. Ini lah yang dihadapi oleh individu bernama Hikmah Razlan.

Sebelum ini penulis pernah berkongsikan kisah gadis cekal ini yang terus tabah menjalani kehidupan biar pun sebelah matanya tak dapat melihat.

ARTIKEL BERKAITAN: Kekurangan diri, hanya miliki sebelah mata! Gadis ini rasa teruk, sedih hadap masyarakat sekeliling
JURUSOLEK BERI SENTUHAN SEGAR PADA WAJAH HIKMAH

Dalam perkembangan terbaru, gadis yang berusia 21 tahun berkenaan sekali lagi menarik mata orang ramai apabila seorang jurusolek artis yang dikenali sebagai Sakinah telah memuat naik gambar Hikmah yang diberi sedikit sentuhan solekan pada wajah.

Hanya dengan caption “Natural look for my pretty” telah mengundang berbagai-bagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya memuji kecantikan Hikmah dengan cara tersendiri biar pun memiliki kekurangan fizikal.

Walau bagaimanapun, Sakinah tidak menjelaskan secara terperinci tujuan transformasi dan juga solekan yang dikenakan pada Hikmah tersebut.

 

View this post on Instagram

 

Natural look for my pretty @hikmahrazlan ❤️ . . #makeupbynasakinah

A post shared by Celebrity Makeup Artist (@ynasakinah) on

ARTIS TURUT MEMUJI KECANTIKAN

Bukan sekadar netizen, malah para artis juga mengambil peluang memuji Hikmah yang tampil berbeza berbanding kebiasaannya. Bukan kerana solekan semata, malah Hikmah juga dipuji memiliki kulit yang cantik.

Artis turut memuji
Kulit yang cantik

Jelas lah dengan perkongsian ini menunjukkan bahawa kekurangan diri bukan penghalang untuk kita cantik. Yang penting adalah cara kita berfikir dan kekal positif dengan keadaan sekeliling.

Jika diikutkan mulut manusia ini tidak dapat ditutup. Biar pun secantik mana seseorang itu tetapi tetap tak dapat memuaskan hati semua pihak. Konklusinya, cantik adalah subjektif dan semua orang berhak mendapatkannya.

Kongsi artikel ini: