Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Anak Baru Cecah Usia 8 Bulan, Elfira Loy Dah Dedah Anak Dengan iPhone! Cetus Buah Mulut Netizen

Kisah hidup selebriti berkening tebal, Elfira Loy sering menjadi perhatian peminat. Sejak dari kisah cinta, gagal dalam pertunangan sehingga lah ke jinjang pelamin, ada sahaja yang dibualkan ramai.

BERI ANAK MAIN TELEFON BIAR PUN USIA TAK SAMPAI SETAHUN LAGI

Perkongsian terbaru pelakon cantik tersebut di Instagram miliknya sekali lagi menjadi topik hangat. Ini berikutan Elfira telah membenarkan anak lelaki kesayangan, Muhamad Rayyan Khalaf bermain telefon pintar biar pun usia baru mencecah 8 bulan.

Elfira mempunyai pandangan tersendiri dalam bertindak sedemikian. Menurutnya dia memberikan Rayyan bermain dengan iPhone supaya dia tidak mengusik telefon milik Elfira. Sekali gus perkongsian ini telah mengundang pelbagai reaksi peminat.

BIMBANG JIKA TERGANGGU PEMBESARAN ANAK

Rata-rata netizen meluahkan rasa bimbang sekiranya Rayyan terganggu dalam proses pembesaran dan terlalu bergantung dengan gajet sepanjang masa. Maklum lah, pelbagai cerita kurang baik yang kita dengar sejak akhir-akhir ini mengenai ketagihan bermain telefon.

Tambah netizen lagi, umur 8 bulan adalah terlalu awal untuk didedahkan dengan dunia teknologi dan mereka berharap posting berkenaan hanya bertujuan untuk mempromosikan produk semata-mata dan tidak lebih dari itu.

Menurut Elfira, dia hanya membenarkan anaknya bermain telefon dalam jangka masa yang singkat sahaja. Bukan lah untuk berkepit senantiasa.

“Going to be 8months old tomorrow ! so i got him an iphone sooo takdelah nak kacau mommy’s phone heheh. If you guys are lazy to que , you can get original iphones from @rouxgadget. Tak senang nak type & scroll orang jual original iphone so im tagging them kot kot kalau korang pun nak. p/s :he can only last for 15mins watching babytv max pastu boring. Dia lagi suka kalau mommy dia main ngan dia.” Kongsi Elfira.
BERTUAHNYA, KECIL-KECIL DAH DAPAT IPHONE

Ada juga netizen meluahkan rasa bertuahnya menjadi seperti Rayyan. Biar pun usia yang masih kecil sudah pun dimanjakan dengan diberi iPhone. Walhal bagi rakyat marhaen dan bergaji purata masih berjuang untuk memiliki telefon pintar sedemikian.

Apa pun setiap ibu bapa mempunyai cara tersendiri dalam membesarkan zuriat masing-masing kerana mereka lebih mengenai peel anak. Bermain gajet tak salah tapi biar lah berpada-pada dan dalam pengawasan orang dewasa sentiasa.

Kongsi artikel ini: