Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

[Video] Mendoakanmu Adalah Caraku Mencintaimu! Rindu BCL kpd Ashraf buat netizen sebak

Setiap individu mempunyai cerita Aidilfitri berbeza pada tahun ini. Sama juga seperti apa yang dirasakan oleh penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) dan anak lelakinya Noah Sinclair yang merasakan Aidilfitri yang tak sama seperti dahulu.

TANPA YANG TERSAYANG DISISI, TAPI JIWANYA TETAP SEGAR

Arwah Ashraf Sinclair meninggalkan isterinya dan anak lelakinya itu pada Februari yang lepas. Hal ini, menyebabkan BCL dan Noah menyambut Aidilfitri yang pertama tanpa suami dan bapa tersayang disisi.

Sumber Instagram

Sempena raya tahun ini, BCL telah berkongsi satu video yang dibuat khas buat arwah suaminya. Video yang berdurasi selama 12 minit ini memaparkan sambutan hari raya pertama tanpa Ahraf. Latar belakang suara BCL yang menitipkan kata kata buat suaminya itu membuat netizen tersentuh.

Dengan suara yang sebak menahan tangisan, BCL memberitahu tidak pernah satu haripun dia tidak merindui arwah suaminya itu. Walaupun jasad Ashraf tidak lagi disisi, namun jiwa suaminya itu masih segar bersama mereka berdua setiap hari.

MENDOAKAN ADALAH CARA MENCINTAI
“Dear Love, meskipun ragamu sudah tiada disisi, tapi jiwamu akan selalu berada dengan jiwa kami. Mendoakanmu, adalah caraku mencintaimu.”
Sumber Instagram
“Maaf lahir batin, ya sayangku. Buat cintaku, aku merindui kamu setiap hariku. Dan kami tahu, kamu mahu kami gembira.”

Meskipun tanpa suami tersayang disisi namun BCL meluahkan rasa syukur dengan kehadiran keluarga dan juga teman rapat yang memberi semangat untuk dia dan Noah agar menerima keadaan baru ini. Tambah BCL, ibu Ashraf juga sudah lebih diua bulan menemaninya di Jakarta.

Dalam masa yang masa BCL juga menceritakan perjalanan Aidilfitri yang disambut tahun ini adalah meneruskan tradisi daripada aktiviti ketika Ashraf masih ada. Solat Aidilfitri juga telah diadakan dirumah bersama keluarga tercinta dan sambil mendoakan arwah Ashraf.

“Seperti biasa, aku menyediakan juadah Ailfitri sama seperti ketika kamu ada. Tradisi ini diteruskan agar Noah senang untuk menerima normal baharu ini.”

 

BCL masih ingat saat Aidilfitri terakhir bersama suaminya pada tahun lepas dengan berbincang akan juadah dan juga susuan bagi masakan yang mereka berdua sediakan. Begitu sukar untuk kita jalani sesuatu keadaan yang sudah terbiasa dengan kebahagiaan namun BCL bersyukur keadaan ini membuatkan dia lebih kuat.

Kongsi artikel ini: