Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Pelakon jelita, Hanis Zalikha yang kini lebih popular dengan produk jenama tudung tersendiri dan juga makanan penjagaan kesihatan sering kali menjadi buah mulut oleh kerana kebahagiaan keluarganya yang ditunjukkan di laman sosial. Hanis Zalikha dan Hairul Azreen telah dikurniakan sepasang cahaya mata yang sangat comel.
Pasangan dua sejoli ini lebih diminati dengan kehadiran cahaya mata yang sering kali mencuit hati di media sosial. Selebriti jelit ini jarang sekali kelihatan di kaca televisyen tetapi lebih aktif di media sosial seperti Instagram milik peribadinya.
Hanis Zalikha kini mempunyai 5.6 juta pengikut di Instagram manakal kedua anak nya juga mempunyai akaun tersendiri yang diminati ramai. Hanis lebih banyak kelihatan menghabiskan masa dirumah bersama anak anaknya.
Hanis Zalikha merupakan seorang ibu muda yang sangat sporting berkongsikan perkembangan kedua anaknya membesar. Kedua anak cilik ini digemari ramai dengan telatah comel mereka. Gelagat anak pertama iaitu Yusuf Iskandar sangat menyanyagi adiknya, Alisa Aisyah sering mencuit hati warganet.
Terbaru, satu video yang dimuat naik oleh Hanis Zalikha telah mencuri perhatian ramai netizen dengan teletah kedua anaknya itu. Video itu pada asalnya hanya ingin merakam aktiviti Yusuf bersama adiknya, Alisa sedang makan pasta namun berakhir dengan perebutan barang mainan.
Dalam video seminit itu, kelihatan Yusuf dan Alisa sedang berebut satu alat mainan dan dengan sangat tenang Hanis Zalikha sebagai seorang ibu telah meleraikan keadaan itu. Hanis berjaya mengawal anak anak mereka dengan begitu lemah lembut tanpa anaknya itu bergaduh dan akhirnya berdamai tanpa apa apa drama.
Ramai warganet kagum dengan cara yang dilakukan oleh Hanis Zalikha dan sering kali menjadikan dia sebagai inspirasi bagi membesarkan anak anak kecil. Video yang dimuat naik ini telah dilihat oleh hampir 600k pengikutnya di Instagram.
View this post on Instagram
Nak record adik-beradik makan pasta, terrecord perebutan 🤭 @theyusufiskandar @thealisaaisyah
Yusuf kelihatan mengalah dengan adiknya Alisa, dan mengikut setiap kata kata ibunya itu tanpa melawan dan meninggikan suara. Disini kita boleh tengok bahawa ibu bapa merupakan contoh terbaik bagi anak anak dalam tempoh tumbesaran.