Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kisah rumah tangga selebriti iaitu Aliff Aziz dan juga Bella Astillah sekali lagi menjadi perhatian netizen selepas Bella mengakui sudah pun merujuk kembali dengan bekas suaminya itu sewaktu tempoh edah dahulu.
Hubungan baru mereka dapat dihidu setelah peminat mula perasan gambar mesra kedua mereka di media sosial dan terbaru jelas terpancar “baby bump”, menguatkan lagi dakwaan mereka berdua kembali berbaik.
Sudah pasti dengan perkhabaran ini membuatkan peminat memberi pandangan masing-masing. Ada yang curiga dan kesal dengan keputusan Bella berikutan Aliff pernah berulang kali melakukan kesilapan sama.
Ada pula yang tetap memberi semangat dan mendoakan terbaik buat rumah tangga pasangan ini demi kebaikan dan juga masa depan anak mereka, Ayden Adrean.
Menurut Bella, pengalaman lalu dalam menjalani kehidupan sebagai suami isteri mematangkan kehidupannya bersama Aliff. Mungkin sebelum ini dia terlalu mengikut perasaan sehingga berkongsi masalah rumah tangga di media sosial.
Namun kini dia lebih berhati-hati jika ingin membuat apa-apa perkongsian kepada umum termasuk lah soal rujuk. Ini berikutan bimbang timbul pula ftnah dalam masyarakat jika tidak diberitahu kelak.
Bella juga mengakui sebelum ini bertindak mengikut darah muda. Perasaan amarah membuatkan dia suka berkongsi segala apa yang terpendam. Jadi perkara lampau membuatkan aktres ini lebih banyak belajar mengawal perasaan.
Dalam pada itu, Aliff kini memerlukan masa dan ruang untuk dia memperbaiki diri sendiri. Difahamkan aktor kacak berkenaan sedang bekerja di salah sebuah pusat komuniti Islam di Singapura.
Sudah tiga bulan Aliff terbabit bekerja di sana. Dia yang sedang giat menjalankan kerja amal dengan mengagihkan bahan mentah kepada pihak memerlukan sedikit sebanyak membawa khabar gembira kepada Bella.
Sekurang-kurangnya dia ada usaha untuk menjadi insan yang baru dalam perhubungan yang baru. Sama-sama kita doakan kesejahteraan rumah tangga pasangan ini.