Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Tahun 2020 adalah tahun yang paling diingati dalam peradaban manusia. Selain daripada berdepan dengan isu kesihatan pandemik Covid-19, malah kita juga turut berdepan dengan krisis ekonomi.
Lihat sahaja segenap Negara kini yang menutup pintu sempadan Negara mereka bagi membanteras penularan penyakit ini. Sekali gus memberi kesan kepada sektor pelancongan masing-masing.
Dikala dunia sedang berjuang menghasilkan vaksin, sejauh mana kita perlu mengharapkan kerajaan semata-mata untuk mengekangnya. Covid-19 memerlukan kerjasama dari kita untuk menjaga kebersihan diri sendiri.
Oleh itu, para pemimpin sering mengingatkan agar kita jaga kita dalam menguruskan perkara harian dan mengikut segala norma baharu ketika berada di tempat awam, iaitu jaga penjarakan sosial, kerap sanitasi tangan dan permukaan yang disentuh dan pemakaian topeng muka.
Tempat suci umat Islam, Kota Mekah dan Madinah antara kawasan yang ditutup daripada kunjugan ramai bagi mengekang pandemik ini. Namun, pada minggu lalu kerajaan Arab Saudi telah memberikan khabar baik buat seluruh umat Islam.
Difahamkan ibadah haji dan juga umrah bakal dibuka kembali. Menurut perkongsian di Facebook Masjid Al Haram memaklumkan pintu Masjid Nabawi telah dibuka oleh petugas masjid dalam bersedia menerima kunjungan umat Islam yang bakal menunaikan haji dan umrah tidak lama lagi.
Dapat dilihat orang awam tidak melepaskan peluang dengan menunaikan solat di masjid berkenaan dan mematuhi SOP yang ditetapkan iaitu bersolat dengan memakai penutup muka dan mengamalkan penjarakan sosial.
Sudah pasti suasana sebegini amat dirindui oleh umat Islam terutamanya setelah beberapa bulan ia ditutup dari menerima kunjungan awam.
Pihak Masjid Nabawi ada memaklumkan yang hanya terdapat beberapa pintu sahaja menjadi laluan masuk kepada para Jemaah. Jadi memudahkan lagi pengunjung agar tidak tercari-cari ketika berada di sana kelak.
Kesimpulannya, dengan perkhabaran baik ini bukan lah petanda bahawa wabak Covid-19 sudah pun pulih sepenuhnya. Seperti mana dimaklumkan WHO ianya kekal di sekeliling kita sehingga lah vaksin ditemui.
Sehubungan dengan itu, kita dinasihatkan agar membiasakan diri dengan kehidupan baharu dan mengamalkan penjagaan kebersihan di tahap tertinggi.