Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Siapa yang tak kenal dengan pelakon dan pelawak wanita, Zulin Aziz. Rata-rata peminat sangat menyukai lakonan spontan aktres ini yang dilihat lebih natural dan bersahaja. Lagi pula bukan mudah untuk menjumpai pelawak dari kalangan wanita.
Baru-baru ini Zulin Aziz mengejutkan para peminatnya dengan penampilan terbaru yang dilihat lebih langsing berbanding dahulu. Difahamkan Zulin mengalami penyusutan berat badan sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.
Bukan isu berat badan yang ingin penulis bahaskan pada kali ini. Tindakan pelakon kacak Hizatul Ikhlas Jalil yang memuat naik gambar bersama aktres tersebut di Instagram telah menjadi buah mulut peminat yang mempersoalkan status sebenar mereka.
Ramai menjangkakan kedua mereka mempunyai hubungan istimewa memandangkan masing-masing berstatus single. Enggan mendiamkan diri akhirnya Ikhlas tampil memperjelaskan keadaan sebenar.
Menurut aktor berkenaan, mereka berdua tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa lagi pula sudah pun mengenali sejak sekian lama cumanya mula rapat sejak Ramadhan yang lalu.
Dia tidak menafikan yang sebenarnya sudah lama meminati Zulin tetapi sebagai seorang artis sahaja lah. Maksud minat Ikhlas adalah mengenai bakat dan keunikan yang ada pada Zulin Aziz dan tidak mungkin ada pada aktres wanita lain.
Tambah pula baru-baru ini mereka berdua berpeluang untuk membuat konten video bersama dan sejak dari situ mereka mula rapat. Tambah Ikhlas Jalil, jika ada sesuatu yang istimewa antaranya dan Zulin, sudah pasti akan diwar-warkan kepada peminat.
Selain itu, aktor ini juga lebih selesa meletakkan ketentuan jodoh pada Tuhan. Dan sehingga kini dia masih belum menjumpai calon yang sesuai untuk dijadikan tulang rusuk kirinya.
Tindakan terdahulu yang memuat naik gambar bersama Zulin Aziz menjadi perhatian. Ramai peminat mendoakan mereka berdua dijodohkan bersama dan menamatkan zaman bujang secepat yang mungkin.
Jadi dengan penjelasan Ikhlas Jalil maka terjawab lah desas desus khabar angin dalam kalangan peminat. Apa pun sama-sama kita doakan yang terbaik buat Ikhlas dan juga Zulin Aziz berkaitan jodoh.