Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Mungkin ramai yang masih belum mengenali Tengku Zafrul. Nama sebenar figura ini ialah Dato’ Sri Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz dan dilahirkan pada 25 Jun 1973. Tengku Zafrul merupakan ahli senator, pelabur dan juga tokoh koporat.
Dia kini telah dilantik sebagai Menteri Kewangan di dalam kabinet Muhyiddin berkuatkuasa pada 9 Mac 2020. Wajahnya sering sahaja muncul di kaca televisyen mahu pun media sosial apabila melibatkan pengurusan kewangan Negara.
Selama ini soal berkaitan Negara dan tugasan harian menjadi tumpuan. Namun pada kali ini Tengku Zafrul telah mencuri mata orang ramai dengan berkongsi gambar raya bersama isteri tercinta, Raja Datin Seri Johanna Raja Arshad.
Pasangan ini lengkap mengenakan pakaian yang sedondon berwarna ungu sewaktu menyambut hari raya pada beberapa hari yang lalu. Malah Tengku Zafrul dilihat sempat mendedikasikan ucapan buat para pengikutnya di Instagram agar kekal patuh dengan arahan kerajaan sepanjang tempoh perayaan ini.
Dapat diperhatikan Tengku Zafrul dan pasangan dilihat gembira dalam menyambut Aidilfitri bersama keluarga pada tahun ini biar pun sedikit berbeza berbanding sebelumnya.
Sebagai rekod, figura ini berkahwin dengan Datin Seri Johanna yang juga merupakan anak sulong kepada Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda, iaitu seorang ahli perniagaan terkemuka di Negara kita.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata terdiri daripada Tengku Zahra Jasmina, Tengku Zahira Eusnie, Tengku Zaeem Khalif dan juga Tengku Zayn Aqeel.
Melihat kepada reaksi pengikutnya di Instagram, rata-rata memuji kecantikan isteri yang jarang sekali dipamerkan kepada umum.
Namun bukan lah paras rupa yang jadi ukuran. Semoga Tengku Zafrul dapat menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan baik dan saksama kelak.