Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Temui Hidayah! Datuk Lee Chong Wei hulur bantuan ke masjid sempena raya, ramai netizen titip doa

Bekas jaguh perseorangan badminton lelaki Negara iaitu Datuk Wira Lee Chong Wei sering kali menjadi buah mulut warganet dengan kapsyen foto yang begitu menarik perhatian ramai. Terbaru, nama Lee Chong Wei menjadi sebutan sekali lagi.

MENGAMBIL KESEMPATAN MEMBANTU SAUDARA ISLAM

Datuk Wira Lee Chong Wei (LCW) telah bertindak menghulurkan sumbangan buat Masjid Al Hidayah Kampung Sg Penchala (MAHSP), Kuala Lumpur. Hal ini telah dikongsikan oleh Facebook MAHSP sendiri dan menjadi tumpuan ramai umat Islam.

Sumber Facebook

Ramai warganet yang dilihat menyokong usaha pemain nombor satu dunia ini dan menyifatkan perbuatan ini sepatutnya menjadi satu contoh perpaduan kaum kepada rakyat Malaysia. Perkara ini sangatlah menunjukkan sifat bantu membantu walaupun berlainan kaum dan juga agama.

SEMOGA LCW TEMUI HIDAYAH

Foto yang dimuat naik itu menampakkan LCW sedang memberi sumbangan kepada wakil daripada pihak masjid. Foto tersebut mendapat perhatian ramai umat Islam.

Sumber Instagram

Rata rata warganet mengucapkan ribuan terima kasih kepada wira Negara ini kerana bermurah hati memberi sumbangan di kala umat Islam menyambut Aidilfitri ini.

Dalam masa yang sama, mereka berharap dan berdoa agar Datuk Wira Lee Chong Wei memperoleh hidayah atas usaha murni ini.

Sumber Facebook

Mereka ada juga menyebut hal yang telah dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew yang sering kali bermurah hati membantu seluruh rakyat Malaysia tidak kira kaum, dan bangsa. Walaupun LCW ini berbangsa Cina namun dia bermurah hati dengan mendapat idea membantu umat Islam sementara dia masih mampu.

Sumber Facebook

Amalan tolong menolong ini tidak kira agama dan bangsa mahupun pangkat, hanya seketul hati yang ingin membantu. Sejak PKP yang dijalankan oleh kerajaan sejak 18 Mac lalu, banyak golongan yang kurang mampu diberikan bantuan oleh yang lebih mampu.

 

 

 

Kongsi artikel ini: