Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Enggan Biarkan Bersendirian! Ini Lah Sebab Kenapa PU Azman Tampil Pertahankan Fizi, Siap Bagi Dalil

Sejak akhir-akhir ini, rancangan animasi popular Upin & Ipin telah menerima kritikan hebat dari penonton terutama peminatnya di negara jiran, Indonesia. Gara-gara dialog yang dilontarkan oleh watak Fizi, menyifatkan anak yatim tidak mempunyai syurga kerana ianya ada di telapak kaki ibu.

Dialog tersebut diwujudkan dalam episod terbaru animasi berkenaan yang berjudul Syahdunya Syawal yang disiarkan pada hari raya pertama lalu. Berikutan kejadian ini, pihak produksi Les’ Copaque dalam penyediaan video untuk Fizi tampil memohon maaf kepada peminatnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya Kerana Sepotong Ayat, Fizi Sendiri Akan Tampil Buat Permohonan Maaf Kepada Peminat
CIK MAN TAMPIL PERTAHANKAN FIZI

Ekoran kejadian ini yang semakin menjadi bualan ramai saban hari, pendakwah selebriti iaitu PU Azman atau Cik Man tampil pertahankan Fizi dan mendidik rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam dalam memahami dialog yang berlegar-legar.

Menurut Cik Man, watak yang dibawakan Fizi adalah realiti sebenar bagi seorang kanak-kanak yang berpewatakan nakal.

“Kanak-kanak belum baligh. Tiada beban dosa. Bercakap apa yang mereka faham. Watak Fizi memaparkan itulah realiti kanak-kanak. Kita juga pernah jadi kanak-kanak. Kita lihat watak Fizi dari sudut positif.”
“Pertama, untuk marketing Upin Ipin itu sendiri. Kedua, (ini lebih penting), bagaimana sewajarnya ibu bapa mendidik dengan neraca ilmu yang betul. Fizi (sikap dan cara fikir) sangat ramai dalam dunia kanak-kanak. Lebih sadis, yang tua bangka pun ada yang pikir macam Fizi.” Jelas Cik Man.

HADIS TAK SOHEH DAN LEMAH

Dalam pada itu, Cik Man juga sempat menjawab persoalan bagi mereka yang sudah ketiadaan mak. Ianya bukan bukan bermaksud tiada syurga buat mereka. Malah jalan untuk ke syurga tetap ada iaitu doa anak yang soleh.

Cik Man ada memberi penerangan berkaitan hadis syurga di bawah telapak kaki ibu ini. Menurutnya hadis tersebut tidak soheh dan sebahagian ulama mengatakan sangat lemah. Tetapi ianya bukan bermaksud tidak betul kerana ibu adalah peluang untuk anak ke syurga kelak.

 

View this post on Instagram

 

Hadis yang popular di kalangan kita iaitu. . الجَنَّةُ تَحْتَ أَقْدَامِ اْلأُمَّهَاتِ. . Maksud :”Syurga di bawah tapak kaki ibu”. Ini hadis tak sohih. Sebahagian ulama menyatakan hadis ini palsu dan sebahagian yang lain menyatakan sangat lemah. Tapi maksud hadis ini betul. Bahawa ibu adalah peluang anak untuk ke syurga. Imam Ibnu ‘Adi mengeluarkan hadis ini dalam kitab al-Kamil fi Dhu’afaair Rijal dan Al-‘Uqaili dalam kitab ad-Dhu’afa’. Iaitu kitab-kitab menyatakan hadis dan perawi yang lemah. Tapi ada satu hadis yang kualitinya baik berbanding di atas. Seorang lelaki datang bertanya Nabi. يا رسولَ اللهِ، أَرَدتُ أنْ أغزُوَ، وقد جِئتُكَ أستَشيرُكَ، فقال: هل لكَ من أُمٍّ؟، قال: نَعَمْ، قال: فالْزَمْها، فإنَّ الجَنَّةَ عندَ رِجْلِها. Maksud :”Wahai Rasulullah, Aku ingin ikut perang dan aku datang minta pendapatmu. Maka Rasulullah tanya, “Adakah kau ada ibu?” Dia menjawab, “Ya”. Rasulullah sabda, “Tetaplah bersamanya! Sebab sesungguhnya syurga ada di bawah kedua kakinya.” . Sheikh Syu’aib Al Arnauth (lahir 1928 Masihi) menyatakan sanad hadis ini hasan dalam Takhrij Mushkilul Athar karya asalnya Imam Thohawiy (wafat 321 Hijrah). . Dalam hadis sohih yang lain Riwayat Bukhari ada satu hadis yang bermaksud :”Datang seorang lelaki kepada Nabi untuk minta izin berjihad, maka Nabi tanya dia: “Adakah orang tuamu masih hidup?” Dia jawab: “Ya” lalu Nabi jawab: “Maka berjihadlah pada keduanya”. . Ini adalah hadis yang membawa makna bahawa mak abah adalah jambatan syurga anak-anak. . Jadi, lafaz hadis yang Mail cakap itu adalah palsu atau sangat lemah. Guna saja hadis lain yang sohih. . Bakar rumah Mail. . @ameershah48 tukang edit.

A post shared by Cik Man (@puazmanofficial) on

Bagi penulis, animasi Upin & Ipin ini sangat dekat dengan kisah hidup dan pemikiran masyarakat kita. Jadi jangan lah kerana sepotong dialog anak kecil menjadikan animasi popular ini sebagai mangsa keadaan.

Kongsi artikel ini: