Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Pemilik nama Nabila Razali mempunyai aura tersendiri apabila berjaya memikat hati peminat dengan lagu-lagu nyanyiannya. Nabila yang dilahirkan pada 13 November 1992 mula menceburi industri hiburan menerusi Akademi Fantasia Musim ke-10.
Sudah menjadi kebiasaan sebagai seorang artis, bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak. Sebelum ini Nabila pernah dikritik hebat oleh orang ramai berikutan nyanyiannya secara langsung yang dikatakan “pecah”.
Belajar dari pengalaman, penyanyi cantik kelahiran Petaling Jaya ini pernah mengambil inisiatif dengan memasuki kelas vokal bagi membaiki kelemahan diri dan juga kepuasan peminat terutamanya.
Dalam perkembangan terbaru, penyanyi ini ada membuat persembahan live dalam rancangan MeleTOP Mega Raya Ria. Walau bagaimanapun, nyanyian lagu terbarunya berjudul Peluang Kedua telah menerima reaksi kurang baik daripada penonton.
Menerusi lagu dendangannya, ramai netizen mempersoalkan kemampuan sebenar Nabila Razali dalam mempersembahkan sesebuah lagu secara live di kaca televisyen. Malah kedengaran pitch dan juga pecah di bahagian korus lagu tersebut.
Tidak nafikan lagu Peluang Kedua ini antara yang diminati ramai. Lihat sahaja di YouTube, dah ramai yang membuat cover lagu berkenaan. Jika diamati dengan mendalam, bait-bait dalam lagu Peluang Kedua ini juga mampu menyentuh perasaan ramai.
Antara komen lain yang ditinggalkan para peminat di Twitter adalah menyifatkan penyanyi berkenaan terkucil di atas pentas berikutan tidak membuat persediaan awal atau pun rehearsal sebelum melakukan persembahan.
Dalam pada itu, ada juga yang meluahkan rasa kesal dengan kemampuan Nabila sendiri yang tidak mampu menyampaikan persembahan dengan baik walhal dari lagu sendiri.
Keseluruhannya, bukan mudah untuk menyanyi secara live. Kadang kala, mereka yang berpengalaman turut berdepan masalah yang sama. Kawalan emosi yang gugup sangat penting bagi memastikan lontaran suara dan juga not tepat dan seiring dengan muzik.
Apa pun semoga Nabila Razali terima kritikan daripada penonton ini secara baik demi meningkatkan lagi kualiti nyanyian di masa depan.
Nahhhhhh 😂😂😂😂 pic.twitter.com/KlZlNHnfKe
— Makkk kerna aku pun terluka (@IniAlannn) May 29, 2020