Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Wanita Mat Saleh Jumpa Islam Melalui Game Online! Jejaka Dari Malaysia Dipilih Bakal Jadi Suami

Hidup pada era penuh teknologi tidak dinafikan mampu mengubah masa depan seseorang yang pandai menggunakan peluang. Sebagai contoh, permainan video atau pun gaming dahulunya dianggap sebagai membuang masa dan sia-sia sahaja.

Namun tidak dewasa kini apabila ia mampu memberi pulangan yang tak masuk dek akal dengan menjana pendapatan secara atas talian. Lihat sahaja dah mula ramai anak muda mula berjinak-jinak menjadikan hobi ini sebagai kerjaya utama mereka.

WANITA AUSTRALIA JUMPA ISLAM MELALUI PERMAINAN ATAS TALIAN

Ianya dikenali sebagai “gaming creator”. Bercakap soal permainan atas talian ini, golongan wanita tidak terkecuali dari mencuba nasib. Malah kepakaran mereka bermain tidak kurang hebatnya.

Seorang pemain atas talian wanita yang berasal dari Australia tidak semena-mena menemui hidayah dan memeluk agama Islam setelah dia menceburi permainan atas talian. Wanita berkenaan dikenali sebagai Zahra Fielding menerima Islam selepas berkenalan dengan sekumpulan pemain wanita lain dari Singapura, iaitu Kim Assakin.

Mula berasa selesa dengan Kim Assakin membuatkan Zahra berani bercakap dan bertanya mengenai agama Islam. Sebelum ini perspektifnya sangat berbeza dengan Islam dan menyifatkan ianya negatif.

MULANYA BERPANDANGAN BURUK TERHADAP ISLAM

Cerita buruk dengan wanita memakai hijab menjadikan dia berpandangan serong dengan Islam sebelum ini. Namun kini tidak lagi apabila Zahra banyak menghabiskan masa di Masjid Kuraby untuk beribadah.

Malah masjid tersebut turut menjadi saksi kepada Zahra ketika dia melafazkan kalimah syahadah dan menerima agama Islam sebagai agama barunya. Apa yang menarik lagi mengenai wanita dari Australia ini adalah soal jodoh.

Kim Assakin
BAKAL BERKAHWIN JEJAKA DARI MALAYSIA

Difahamkan Zahra sudah pun bertunang dengan jejaka dari Malaysia, yang bekerja sebagai penyunting kandungan digital setelah mereka berkenalan menerusi aplikasi cari jodoh. Dikatakan Zahra bakal bermastautin di Negara ini setelah mereka berkahwin kelak.

Konklusinya, hidayah itu milik Allah. Biar pun pada awal lebih banyak prasangka buruk mengenai Islam yang berlegar di fikiran namun pada akhirnya agama itu jua lah yang menjadi pilihan dan memimpin ke akhirnya.

Semoga Zahra terus istiqomah dan urusan perkahwinan dengan encik tunang dipermudahkan.

Kongsi artikel ini: