Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Penyanyi wanita yang pernal terkenal dahulu, Syura Badron baru baru ini telah meluahkan rasa kesal dengan individu yang tidak bertanggungjawab. Individu tersebut telah pun bertindak menjatuhkan maruah dirinya di media sosial Facebook.
Nampaknya, penyanyi kelahiran Kempas, Johor ini telah menjadi mangsa kepada bulian cyber. Ada individu yang cuba menyamar menjadi dirinya di laman sosial Facebook dan menggunakan gambarnya tanpa izin dengan sesuka hati.
Syura dengan kesalnya menyatakan bahawa ada individu yang telah memuat naik foto peribadinya dengan meletakkan kapsyen seolah olah dirinya terdesak untuk mencari pasangan hidup.
Jelas Syura lagi, dia bersedia untuk mengambil tindakan yang tegas kepada individu yang bertanggungjawab jika melampaui batas nya lagi. Dia juga meminta agar warganet membantu untuk melaporkan perkara ini kepada pihak Facebook agar individu ini dikenakan tindakan.
Setelah hampir 6 tahun menjadi ibu tunggal, Syura masih merasakan belum masa yang sesuai untuk dirinya brumahtangga lagi. Dia belum memasang apa apa niat untuk berkahwin lagi buat masa ini.
Tambahnya lagi, dia tidak sekalipun pernah merasa fobia untuk mendirikan semula perkahwinan dengan mana mana jejaka kerana baginya soal jodoh ini adalah rahsia Allah dan tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut.
Terdahulu, Syura dan bekas suami telah dikurniakan 3 org anak daripada hasil perkahwinan mereka, dan telah bersepakat memutuskan hubungan suami isteri pada Ogos 2015 yang lalu.