Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Syarikat produksi Les’ Copaque harus berasa bangga apabila karya animasi kanak-kanak mereka iaitu Upin & Upin telah berjaya mencipta suatu fenomena baru dalam industri hiburan. Ianya bukan sahaja berjaya menjadi hiburan kanak-kanak di tanah air sahaja.
Malah rancangan tersebut telah berjaya memikat hati penonton dari Negara jiran, Indonesia. Pantang ada salah sikit sudah pasti ada yang berasa kurang senang. Itu lah yang dihadapi oleh produksi animasi berkenaan apabila episod terbaru animasi tersebut berjudul Syahdunya Syawal telah menjadi bualan ramai sejak akhir-akhir ini.
Episod tersebut yang disiarkan pada hari raya pertama telah pun menyentuh persoalan syurga bagi anak yatim, yang ketiadaan ibu. Dialog yang dilontarkan oleh watak Fizi terhadap Upin & Upin membuatkan penonton naik angin.
Merasakan tidak patut Fizi berkelakuan sedemikian, para penonton dari Indonesia menggesa agar pihak produksi membuat permohonan maaf berikutan kenyataan dari Fizi boleh menyinggung ramai pihak.
Menghormati perasaan dan jiwa penonton, difahamkan Pengarah Urusan Les’ Copaque Production, iaitu Burhanuddin Md Radzi memaklumkan pihaknya sedang berusaha menyiapkan video permohonan maaf bagi isu tersebut.
Disebabkan isu ini dicetuskan oleh watak Fizi, maka Fizi sendiri yang akan tampil memohon maaf kepada umum.
Dalam pada itu, untuk video permohonan maaf sedang dalam diuruskan dengan stesen televisyen dari Negara jiran, iaitu MNCTV agar dapat disiarkan kepada netizen. Justeru diharapkan dengan penampilan Fizi dapat menjernihkan suasana dan diterima peminat.
Bertanyakan perihal pemilihan dialog, Burhanuddin memberitahu bahawa ianya bagi menggambarkan perbualan realiti bagi pemikiran seorang kanak-kanak. Baru lah mereka dilihat wujud di alam realiti.
Melihat kepada reaksi komen orang ramai, pihak produksi menerima secara baik. Ini menunjukkan bahawa animasi mereka dekat di hati penonton termasuk lah dari Indonesia.
Secara keseluruhan, Upin & Upin boleh dianggap satu kejayaan baru dalam dunia animasi tanah air. Jalan cerita dan juga watak yang diketengahkan sangat dekat dengan keadaan semasa.
Apa pun semoga dengan permohonan maaf dari Fizi ini dapat menyejukkan hati para peminat animasi terbabit dan menjadi pengajaran untuk kita semua.