Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Pelbagai karenah cerita raya pada tahun ini ditambah pula dengan PKPB yang dikuatkuasakan oleh kerajaan bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19. Ramai rakan artis dan juga warganet yang berkongsikan pengalaman raya masing masing.
Berlainan pula bagi chef selebriti popular tanah air iaitu Chef Wan atau nama sebenarnya Dato Redzuawan Bin Ismail yang tampil berani berkongsi pengalaman rayanya bersama keluarga. Che Wan yang berasal daripada Sg Koyan, Kuala Lipis memuat naik gambar bersama ibu dan bekas isteri.
Bekas isterinya telah pun pergi menghadap Ilahi sejak Mac lalu, namun perkongsian itu dibuat bagi satu penghargaan dan kenangan raya bersama.
Menurut Chef Wan bekas isterinya merupakan seorang wanita yang sangat baik dan lemah lembut. Tambahnya lagi, walaupun mereka telahpun berpisah selama 33 tahun tetapi tanggungjawab terhadap isterinya itu dibuat sehingga ke nafas terakhir.
Dalam masa yang sama Chef Wan sangat menghargai isterinya itu kerana baginya dia bertanggungjawab dengan kebajikan ibu kepada anak anak mereka. Memang jarang ditemui lelaki yang masih menjaga bekas isteri kerana kebiasaannya bapa hanya memberi nafkah kepada anak anak.
Berceritakan kisah mereka, perkahwinan yang di awal usia 22 tahun itu ialah perkahwinan yang telah dirancang oleh keluarga kedua belah pihak. Pada ketika itu, bekas isteri hanya berumur 19 tahun dan masih belum matang dalam banyak hal.
Rumahtangga yang dibina itu hanya mampu bertahan selama 4 tahun dan mempunyai sepasang anak. Namun begitu, Chef Wan telah berjanji ketika dia ingin berpisah bahawa dia akan menjaga segala kebajikan isterinya itu termasuklah, tempat tinggal, makan minum dan pakaian nya sehingga ke liang lahad.
Tambah Chef Wan lagi dia juga membeli sebuah apartment yang hanya selang beberapa blok daripada rumahnya untuk bekas isteri bagi menyenangkan pemandu untuk menjemput bekas isteri untuk kemana mana.
Chef Wan tidak pernah lupa dengan memberi elaun sebanyak RM5000 setiap bulan untuk keperluan bekas isterinya.
Chef Wan berkata dia sentiasa ingin memberi kemewahan kepada bekas isterinya sehingga termampu. Jelasnya lagi, bekas isterinya ini tidak pernah pun meminta apa apa daripadanya.
Sumber : Instagram Chef Wan