Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Kembali Ceria! Genap Setahun Terbang ke London, Ainul Mardhiah Sedondon Raya Bersama Keluarga

Sedar tak sedar tahun 2020 sudahpun di pertengahan dan sudah bermula melabuhkan tirai. Pelbagai cabaran dan cerita yang baru kita semua lalui. Melalui kehidupan norma baru disebabkan oleh wabak Covid-19, sudah tentu ramai terkenang akan suasanan Aidilfitri di kampung bersama keluarga tercinta.

Namun begitu, pengalaman raya tahun lepas bagi Ahmad Safiuddin dan Nurul Erwani begitu memberi kesan kerana ketika itu anak kecilnya Ainul Mardhiah sedang melawan kesakitan.

MENGENANG KISAH LALU

Genaplah setahun anak kecil kesayangan rakyat Malaysia terbang ke Kota London bagi membuang ketumbuhan di mulut oleh doktor doktor pakar termasuklah doktor daripada Malaysia.

Posting yang dimuat naik oleh Ahmad Safiuddin itu menyentuh perasaan warganet dengan memberi caption yang menyentuh jiwa. Dia telah mengimbau kembali gambar ketika mula mula sampai di London dengan harapan dan doa daripada rakyat agar anak comelnya itu kembali sembuh.

Dalam posting yang dimuat naik itu, Ahmad Safiuddin ada membuat perkongsian mengenai pengalaman ketika hari pertama dia sampai di London dan bagaimana dia menyesuaikan diri berada disana demi anak tercinta.

Sumber Instagram

Dia berasa sangat berterima kasih dengan segala bantuan oleh rakyat Malaysia di sana. Mereka juga menyambut kedatangan Adik Ainul Mardhiah bersama keluarga dengan meriah bersama para doktor.

SIHAT BERAYA BERSAMA KELUARGA

Berbeza pula suasana raya bagi Ahmad Safiuddin dan keluarga kerana mereka dapat menyambut dengan penuh makna. Anaknya, Ainul Mardhiah juga kelihatan sihat dan sudah pandai bergaya.

Sumber Instagram

Foto hari raya itu telah dikongsikan oleh ibunya sendiri dan apa yang paling gembira adalah Ainul mardhiah bakal menjadi kakak tidak lama lagi. Terpacar wajah yang ceria kanak kanak ini yang semakin sihat.

Perkongsian yang dimuat naik oleh Ahmad Safiuddin ini mendapat perhatian warganet dan ramai yang meninggalkan komen dengan memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi dengan kesihatan yang sempurna buat adik Ainul.

Sumber : Facebook Ahmad Safiuddin

Kongsi artikel ini: