Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Hangus RM2K Gara-gara Hobi! Aiman Tino dakwa terperangkap ketika di kolam pancing bersama bapa

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan mestilah dipatuhi oleh semua lapisan masyarakat. Terbaru, penyanyi popular Aiman Tino juga telah mendapat kompaun disebabkan oleh hobi yang seringkali dilakukan bersama bapanya.

KALAU DAH NAK KENA, MEMANG TAK BERBAU

Gara-gara hobi memancing bersama bapa di sebuah kolam pancing, Aiman Tino telahpun disabit bersalah melanggar perintah PKPB yang dijalankan. Aiman Tino atau nama sebenarnya Muhammad Aiman Yusri, 22 tahun ketika itu bersama bapanya Yusri Ishak, 51 tahun di sebuah kolam pancing di Kuala Kubu Bharu.

Sumber Instagram

Pada petang raya ketiga itu, Aiman dan bapanya sedang melakukan hobi anak beranak dan mendakwa dirinya itu telah terperangkap ketika serbuan dilakukan oleh pihak polis.

“Saya tergamam dan hairan kenapa polis menyaman saya, ayah dan juga pengunjung yang lain kerana masuk masuk ke tempat pancing ini dengan mengikut SOP yang ditetpkan oleh pemilik kolam.”

Tambahnya lagi, ketika serbuan dilakukan oleh pihak berkuasa hujan turun dengan lebat. Rata rata pengunjung juga telah berkongsi bangsal yang sama untuk berteduh dan melebihi had 20 orang. Namun begitu, pihak polis enggan mendengar penjelasan pengunjung dan terus mengeluarkan kompaun.

PIHAK PENGURUSAN MESTILAH BERTANGGUNGJAWAB

Aiman sekali lagi menegaskan bahawa dia telah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak kerajaan seperti mengamalkan penjarakan sosial satu meter, memakai topeng muka dan juga mengambil nombor giliran untuk masuk memancing.

Sumber Instagram

Jelasnya, pengurusan kolam pancing ini mestilah bertanggungjawab dan dikenakan tindakan undang undang dengan kompaun yang sesuai.

“Saya kesal saya dan pengunjung lain disaman oleh pihak polis.”

Sebelum itu, pihak media telah melaporkan seramai 59 orang kaki pancing telah dikenakan kompaun RM1000 kerana telah melanggar PKPB yang dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan.

Sumber Instagram

Denda yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa ini mestilah dijelaskan di Pusat Kesihatan Daerah Hulu Selangor selewat-lewatnya pada 8 Jun ini bagi mengelakan tindakan yang lebih lanjut. Dengan ini, penulis dapat memberi konklusi bahawa rakyat mestilah mematuhi PKPB yang dijalankan ini bagi memutuskan rangkaian wabak Covid.

Sumber : Berita Harian

Kongsi artikel ini: