Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Intan Ladyana merupakan pelakon wanita yang popular dengan siri drama Puteri pada suatu ketika dahulu. Selepas hubungannya dengan Kamal Adli berakhir sejak 6 tahun lalu, tidak lagi kedengaran kontroversi melanda dirinya.
Intan, 38 tahun kini dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang pelakon muda, Harris Alif. Hal ini telah dihidu oleh peminat melalui posting yang dimuat naik oleh Harris sendiri.
Harris telah bertindak memuat naik foto mereka dilaman Instagram miliknya dengan membuat caption beraya bersama hati. Mereka berdua dilihat sangat sedondon dengan busana yang sama warna, iaitu warna koko lembut.
Rata rata netizen memberi komen yang ingin tahu mengenai status hubungan istimewa mereka berdua.
Dalam masa yang sama, ada warganet yang mempertikaikan jarak usia antara pasangan ini. Seperti kita tahu Intan bakal menyambut hari lahir yang ke 38 tahun pada Jun ini dan Harris pula bakal memasuki usia 21 tahun pada September depan.
Hal ini membuatkan perbezaan yang agak ketara antara umur mereka iaitu sebanyak 17 tahun. Namun begitu, mereka kelihatan seperti pasangan dua sejoli kerana ramai yang menyatakan wajah mereka mempunyai iras yang sama.
Terdahulu, kontroversi mengenai hubungan mesra mereka berdua ini bermula apabila Harris memuat naik foto bersama dengan caption “best part”. Foto di dalam kereta berduaan itu menjadi tanda tanya buat warganet.
Harris dan Intan kelihatan sangat selesa berdua dan nampak kebahagiaan diwajah masing masing. Namun begitu, belum ada apa apa kenyataan daripada kedua tuan badan mengenai hubungan ini.
Bagi penulis, umur bukanlah menjadi penghalang jika kedua-dua invividu sudahpun tahu untuk bertanggungjawab dengan sesuatu hubungan yang serious. Benda yang elok kenapa nak melambatkan.
Sumber : Instagram Harrisalif