Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Ustaz Romantis! Video Aidilfitri ala Bollywood Ebit Lew dan bidadari buat netizen kagum

Sejak kebelakangan ini seorang ustaz selebriti iaitu Ustaz Ebit Lew sering kali muncul di semua laman sosial dengan kerja amal sepanjang musim wabak Covid ini berleluasa. Tapi masih ingat kah kita semua dengan video ala Bollywood oleh pendakwah ini sambil mengusap tangan bidadarinya di dalam kereta suatu ketika dahulu.

BAHAGIAKAN ORANG DISEKELILING

Ustaz Ebit Lew ini tidak pernah mengenal erti penat lelah dalam membahagiakan masyarakat yang tidak kira bangsa. Walaupun telah di lemparkan kata kata yang kurang baik, namun tetap teguh membantu golongan yang kurang mampu.

Sumber Instagram

Dalam masa membahagiakan golongan yang kurang mampu, Ustaz Ebit Lew tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa kepada 4 orang anaknya. Dalam lelah kesana kemari membantu orang, beliau akan pulang kerumah demi mendapatkan kembali semangat.

BACA : Orang Islam Yang Pertikai Kerja Amal Ebit Lew, Bukan Muslim Pula Tunjuk Sokongan Jangan Putus Asa

Berbeza pula Aidilfitri kali ini, Ustaz Ebit Lew telah muncul dengan satu video pendek di laman instagramnya yang menunjukkan sisi romantisnya bersama isteri ataupun lebih selesa memanggil bidadari.

Video berdurasi 40 saat ini menampilkan ustaz Ebit Lew dan bidadarinya yang sedang berjalan disekitar kawasan rumahnya sambil berlatarkan lagu Bollywood. Pasangan ini berpegangan tangan berjalan bersama sama sambil mengenakan gaya hari raya bertema hijau lembut dan kelabu.

SOKONGAN BIDADARI AMAT BERMAKNA

Video romantic ini diakhiri dengan isteri mengucupka tangan Ebit Lew sebelum pendakwah ini memegang erat tangan isteri.

Dalam petikan itu Ustaz Ebit Lew, dia berkata bahawa masa dirumah berpegangan tangan bersama isteri adalah masa yang sangat istimewa dan mestilah dihargai. Tambahnya lagi, berjalan disekitar rumah sambil pegang tangan membuatkan dia rasa begitu bahagia.

“Anak-anak semua dah tahu dah. Semua senyum je. Pegang tangan sambil berbual, bermanja-manja.”
“ I love you bidadariku, jika sedih dan ada ujian, bidadariku akan tadah tangan berdoa dan itulah Allah makbulkan doa.”

 

View this post on Instagram

 

Meh pegang tangan abang. Kita beraya pusing rumah. Bidadariku kasihan sayang. Duduk rumah paling best pegang tangan bidadari pusing rumah. Berbual-bual. Bermanja-manja. Anak semua dah tahu dah. Semua senyum jer. . I love u bidadariku. Jika sedih dan ada ujian, bidadari saya akan doakan saya. Biasanya jika saya seorang menangis belum kabul doa..bila bidadari yang selalu berjuang dirumah ini tadah tangan masa tu saya senyum dan rasa syukur. Saya tahu insyaAllah sekejap lagi Allah kabulkan doa ini. . Selalu dari dulu begitu. Baiknya Allah. Doa wanita dirumah ini ajaib. Dulu doa mak yang sentiasa bersamaku. Kini doa seorang isteri yang bila dia menangis menjadi dalam doa menjadi perisai dan kekuatan di luar. Pernah dengar tangan membuai buaian menggoncangkan dunia. Jangan pandang rendah doa mak. Doa isteri. . Ya Allah betapa diriku menyayangi bidadariku ini. Sayangilah dirinya. Jaga,sihat,beris sentiasa cantik menawan dihatiku. Senyuman dan wajah yang menguatkan perjuangan ini. Tangisan dalam doa menjadi asbab kaki ini terus berjuang. I love u bidadariku. I miss sayang bidadariku-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Tambah Ustaz Ebit Lew wanita yang duduk dirumah ini sangat hebat kerana doanya itu akan memberikan semangat dan juga kejayaan yang berterusan kepada si suami untuk terus berjuang.

Sumber: Instagram Ebit Lew

Kongsi artikel ini: