Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Pada ketika ini pengaruh media sosial begitu memberi impak kepada semua golongan tidak kira tua dan muda. Generasi zaman sekarang lebih cenderung dengan laman sosial Tik Tok dengan pelbagai isian menarik seperti menari dan juga video pendek memasak.
Aplikasi Tik Tok kini diminati oleh semua golongan termasuklah yang sudah berumur. Banyak sebab yang menjadikan Tik Tok sebagai aplikasi yang terkenal dan lebih diminati jika nak dibandingkan dengan Twitter, Instagram dan juga Youtube.
Aplikasi ini menawarkan pelbagai filter yang boleh digunakan sambil membuat video pendek bersama audio pilihan menjadikan ianya sangat menarik. Tik Tok memberikan peluang kepada pengguna dengan mencurahkan idea kreatif.
Ada juga sesetengah yang terjebak dengan Tik Tok kerana tidak mahu ketinggalan oleh arus pemodenan sosial media dan juga pengaruh daripada rakan rakan.
Sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini kelihatan sekumpulan pelajar Tahfiz yang segak berjubah putih mencuba menghasilkan video pendek Tik Tok telah mendapat perhatian ramai.
Video pendek berdurasi 40 saat itu telah dikongsikan di laman sosial Twitter oleh seorang pemudah dan telah mendapat penonton sebanyak 700 ribu. Pelajar-pelajar itu kelihatan kekok dan hanya sedang memerhatikan kamera dengan wajah yang keliru dan segan.
Comel je dak2 tahfiz tak reti buat tiktok hahahahaha alahaii 😂🥰🥰😇😇 pic.twitter.com/1gY4FfKjF4
— Ahsanul Fikri Raya (@acanul_) May 22, 2020
Bagi mereka yang sudah biasa dengan aplikasi ini tentunya akan automatic memberikan idea bagi membuat video disamping latar belakang lagu raya, namun begitu, bagi pelajar tahfiz ini mereka seakan bertanya tanya apakah yang mereka ini lakukan.
Gelagat remaja –remaja tahfiz itu telah menghiburkan hati warganet dengan menghasilkan meme dari aksi lucu tersebut.
Namun begitu, pada akhir video tersebut mereka kelihatan bersalaman sesame sendiri dan membuktikan bahawa ada idea yang mereka fikirkan.
Mereka tampil dengan video seterusnya bersama gaya yang berbeza dibandingkan dengan sebelumnya.
Sumber: Twitter Ahsanul