Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Ingat kah lagi pembaca dengan kisah Zarina Anjoulie atau selesa disapa Anju yang menuntut pampasan sehingga RM3 juta dan juga permohonan maaf dari seorang rakan artis lain, iaitu Amyza Aznan.
Kisah mereka berdua hangat diperkatakan sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac lalu berikutan isu bantuan khusus melalui Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diutarakan oleh golongan artis.
Anju dilihat bertindak agresif dengan meneruskan sman ftnah terhadap pelakon berkenaan susulan kes tersebut. Difahamkan Anju menfailakan sman berkenaan menerusi Tetuan Nurul Hafidzah & Associates dan menjadikan Amyza sebagai defendan tunggal.
Lanjut mendapati kes mereka ditetapkan untuk sebutan secara dalam talian atau dikenali sebagai e-Review di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Farah Shuhada Ramli semalam dan kemudiannya menetapkan pada 28 Mei sebagai tarikh pengurusan kes tersebut.
Berdasarkan carian menerusi e-filing, Anju mendakwa selepas pengumuman kerajaan bekaitan BPN bagi golongan B40 dan M40, beberapa orang artis telah menyuarakan pandangan mereka agar kerajaan perlu berikan bantuan khusus kepada penggiat seni.
Lalu pada 28 Mac lepas, Anju telah memuat naik video di laman Instagram menyatakan pandangannya berkaitan hal tersebut dan tidak perlu bantuan khusus seperti diwar-warkan. Artis yang layak boleh memohon BPN seperti mana rakyat lain.
Dalam pada itu, Anju berpendapat bahawa para artis sudah pun memperoleh pendapatan yang besar dan seharusnya memiliki simpanan kewangan yang mencukupi untuk menyara diri mereka sepanjang PKP.
Dakwa Anju lagi, pada 29 Mac lalu, satu kumpulan diwujudkan di aplikasi telegram dikenali sebagai BANTUAN COVID-SENI 2020 bagi membincangkan bantuan terhadap kalangan penggiat seni.
Walau bagaimanapun menerusi kumpulan tersebut, Amyza telah mengeluarkan kenyataan ftnah terhadap Anju sehinggakan mempengaruhi ahli-ahli yang lain. Disebabkan kenyataan itu juga lah Anju mengalami kemurungan, sedih, sakit hati dan juga reputasi tercalar.
Sehubungan dengan itu, Anju memutuskan untuk menuntut hak dalam bentuk ganti rugi am atas kehilangan reputasinya dengan jumlah RM3 juta, ganti rugi teladan, faedah serta permohonan maaf.
Selain itu, Amyza juga dihalang dari melakukan sebarang kenyataan ftnah, memalukan atau menjatuhkan reputasi Anju pada masa mendatang.
Kesimpulannya, selagi mampu bincang pintu belakang elok lah mereka berdua berdamai secara baik tanpa melibatkan undang-undang. Syawal bakal menjelang dan seeloknya masing-masing saling bermaafan.