Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sudah pun menjadi lumrah kehidupan di atas muka bumi ini diciptakan sebagai hidup berpasangan. Manusia dicipta adanya nafsu dan juga hati bagi mencintai pasangan yang mereka idamkan.
Dalam soal cinta, sudah pasti mereka ingin mengakhirinya dengan satu ikatan yang halal, yakni perkahwinan. Tetapi ia bukan proses yang mudah. Dalam adat melayu kita, sudah pasti seseorang itu perlu berdepan dengan orang tua sebagai “sesi perkenalan”.
Menarik perhatian ramai sesi perkenalan keluarga gadis ini yang dikenali sebagai kysstnaa di laman Twitter. Dia ada berkongsikan keterujaan ahli keluarga terutama ibu dan ayahnya yang berbesar hati dengan jejaka yang berjaya menambat hati anak mereka.
Sehingga artikel ini ditulis, twit kysstnaa mendapat lebih 10,000 tanda suka dan 4,000 kicauan semula dari pengguna yang lain.
Yang mengujakan gadis tersebut apabila teman lelakinya bukan sekadar menjadi tetamu biasa untuk berdepan orang tuanya malah perlu mengimamkan keluarga gadis berkenaan dalam solat berjemaah.
Biarpun usia gadis berkenaan baru menjengah 19 tahun, dia sempat menitipkan pesan kepada pasangan yang di luar sana agar mengambil sesuatu dari hubungan mereka. Apa yang ditekankan adalah soal agama berbanding ayat-ayat manis.
Gadis berkenaan turut memberitahu kepada perempuan di luar sana agar cari lelaki yang boleh membimbing mereka mengenai agama. Sama-sama tingkatkan kebaikan dalam diri yang tak dapat lari dari berbuat dosa.
Melihat kepada reaksi orang ramai, rata-rata mereka memuji tindakan ibu bapa yang bijak dan sporting dalam mengenali lelaki berkenaan. Mereka juga menyifatkan gadis berkenaan sangat bertuah kerana susah untuk jumpa ciri-ciri lelaki yang mampu jadi imam dalam solat.
From
“i nak you jd makmum i”
to
“you jadi imam family i” real quick 😂🥰❤️ pic.twitter.com/5SDfGVMGHb— 𝓆𝓎𝓈 ❧ (@kysstnaa) May 21, 2020
Keseluruhannya, jangan terlalu yakin dengan cinta selagi si dia tidak berusaha untuk menghalalkan sesuatu hubungan. Cari lah insan yang mampu bimbing kita ke arah kebaikan dan mengingatkan perihal solat.