Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Nama pelakon cantik Risteena Munim tidak semena-mena menjadi topik bualan ramai sejak semalam. Ini berikutan perkongsian pelakon berkenaan berkaitan tindakan tunangnya, Isa Khan yang terlalu panik dan risau ketiadaannya walau hanya 30 minit.
Kisah romantis Isa Khan diceritakan kembali Risteena menerusi laman Instagramnya semalam sekali gus menjadi buah mulut orang ramai.
Enggan mendiamkan diri, Risteena tampil memberi reaksi dengan segala pandangan negatif orang ramai terhadap perkongsian terbabit. Jelasnya, dia berhak untuk memuat naik apa sahaja di media sosial selagi tidak mendatangkan keburukan pada orang lain.
Tambah Risteena lagi, platform media sosial dicipta untuk kita berkongsikan makna kehidupan, soal keluarga dan juga hubungan. Dan yang paling penting dia langsung tidak mengganggu kehidupan orang lain.
Selain itu, Risteena mengatakan yang setiap individu memiliki hak masing-masing dalam berkongsikan apa sahaja yang diinginkan. Dia keliru kenapa perlu ada pihak yang perlu menilai biar pun dia hanya buat hal diri sendiri.
Perkara paling terkesan buat pelakon cantik ini adalah tampil beberapa pihak yang mendoakan perkara tidak baik buatnya dan Isa. Walhal dia langsung tidak mengenali individu berkenaan apatah memburukkan mereka.
Dalam pada itu, Risteena mengakui bahawa tunangnya sangat mengambil berat soal keselamatan diri bahkan seluruh ahli keluarganya juga. Dia mula risau hari tu disebabkan Risteena pulang lewat malam.
Memandangkan kenderaan di atas jalan ketika itu pula tak banyak seperti sebelum ini. Keadaan itu normal jika Isa Khan risaukan mengenai individu yang dia sayang.
Natijahnya sayang tu tak salah. Mungkin ramai peminat berasa kurang selesa bila seseorang berpengaruh berkongsi perihal tersebut di media sosial yang dirasakan “over”. Apa pun semoga Risteena dan Isa berhati-hati selepas ini sebelum memuat naik status di Instagram kelak.