Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Meruntun Perasaan! Pelanggan Wanita “Selit” Not RM50 Pada Rider, Mohon Cepat Dikurniakan Zuriat

Rezeki itu rahsia Tuhan. Ianya datang dalam pelbagai cara tanpa kita duga. Ada yang diberi kesihatan yang baik dan ada juga diberi kehidupan yang dipenuhi dengan kemewahan. Yang penting cara kita menghargai nikmat kurniaanNya.

Namun tak semua di antara kita bernasib baik. Yang paling menguji kesabaran adalah diduga dengan kehadiran cahaya mata dalam sesuatu perkahwinan yang dibina. Disebabkan itu lah kita dilarang untuk merendah-rendahkan mereka yang tidak bernasib baik ini.

PENGHANTAR MAKANAN DAPAT NOT RM50 DARI PELANGGAN

Dalam perkongsian terbaru seorang penghantar makanan, dia telah memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan sebuah nota ringkas dari pelanggannya. Menurut Ijam Shahnon, dia telah menerima tip berupakan not duit berjumlah RM50.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah disebalik tip yang diterima, terdapat secebis luahan hati bagi sesiapa sahaja yang membacanya.

MOHON TITIPKAN DOA AGAR DIKURNIAKAN CAHAYA MATA, 3 TAHUN MENUNGGU

Pelanggan berkenaan telah memohon agar Ijam menitipkan doa buatnya agar cepat dikurniakan zuriat. Difahamkan pelanggan berkenaan sudah pun menanti hampir 3 tahun dalam memiliki cahaya mata.

Sumber Twitter

Dalam pada itu, pelanggan berkenaan juga sempat menitipkan doa buat rider/penghantar makanan yang lain sentiada dalam keadaan selamat dan dilindungi Tuhan.

Mungkin nilai not tersebut Nampak kecil bagi sesetengah pihak tapi sudah cukup memadai untuk dijadikan asbab dalam mencapai cita-cita pelanggan berkenaan. Sekali kita mudahkan urusan orang, berkali-kali Tuhan gandakan dan permudahkan urusan kita pula.

RAMAI WARGANET TURUT DOAKAN UNTUK PELANGGAN WANITA BERKENAAN

Melihat kepada reaksi warganet, ramai yang terharu dan terkesan dengan perkongsian tersebut. Mereka sempat mendoakan agar pelanggan wanita berkenaan dimurahkan rezeki dalam memperoleh cahaya mata yang ditunggu-tunggu.

Sumber Twitter

Sebagai kesimpulannya, cahaya mata antara faktor utama dalam menjamin kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Dengan kehadirannya mampu menceriakan pasangan dan mengubah tanggungjawab seseorang itu.

Sebaiknya kita dinasihatkan agar tidak merendah-rendahkan status wanita itu yang mungkin sedang diuji oleh Tuhan. Isu cahaya mata boleh dikatakan sensitif bagi mereka yang sukar mendapatkan zuriat.

Kongsi artikel ini: