Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak Dapat Lari Dari Berkelakuan Aneh! Luna Maya Akui Gemar “Nikmati” Bau Kentut Sendiri

Nama Luna Maya Syafei tidak asing lagi untuk peminat di Malaysia. Artis wanita berketurunan Indonesia-Austria ini tidak dapat lari dari kisah panas bersama Aeril Noah sewaktu ketika dahulu sehingga menjadi topik utama media tempatan dan juga luar Negara.

Sebagai selebriti, mereka juga tidak dapat lari dari berkelakuan aneh. Itu lah yang dapat digambarkan dengan artis terkenal Indonesia ini apabila Luna Maya mendedahkan perangai sebenarnya kepada peminat.

Sumber Instagram
LUNA MAYA GUNA YOUTUBE UNTUK KONGSI PERKEMBANGAN SEMASA

Mungkin ada peminat yang tidak tahu bahawa Luna Maya turut memiliki saluran YouTube dengan menggunakan namanya sendiri. Dia menggunakan saluran tersebut untuk memuat naik konten perkembangan terbaru selebriti lain dan juga berita mengenai kehidupan hariannya.

Dalam video terbaru yang dimuat naik pada beberapa hari lalu, Luna Maya telah menjemput seorang pelakon lelaki iaitu Boy William sebagai rakan wawancaranya. Apa yang menarik pada episod kali ini adalah pendedahan perangai Luna yang ramai tak tahu.

SUKA HIDU KENTUT SENDIRI, SIAP TUNJUK AKSI LAGI

Setelah diajukan beberapa soalan akhirnya Luna Maya memberitahu yang dia suka menghidu bau kentut sendiri. Bunyinya agak jelik tapi sebenarnya ramai antara kita mempunyai tabiat yang sama.

Sumber YouTube

Tak cukup dengan itu, Luna Maya juga memperlihatkan secara spontan gaya dia menghidu aura kentut. Dengan konfidennya dia menoleh ke belakang dan membuat mimik muka sekali gus membuatkan ramai yang geli hati.

Dalam pada masa yang sama, Luna Maya tidak malu untuk mengaku yang dia pernah terkencing di atas katil. Ini berikutan keadaan dirinya terlalu penat dengan kerja dan jadual yang sangat padat dalam seharian.

RAMAI TERHIBUR AKSI JUJUR

Melihat kepada reaksi penonton, rata-rata terhibur dengan reaksi jujur dan bersahaja Luna Maya dalam menjawab soalan diajukan Boy William.

Kesimpulannya, kita sebagai manusia tidak dapat lari dari memiliki tabiat tersendiri. Yang penting cara kita sendiri dalam mengawal tingkah laku di khalayak umum agar tidak kelihatan buruk.

TONTON VIDEO PENUH DI SINI:

Kongsi artikel ini: