Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan rumah tangga yang bahagia tanpa ada langsung persengketaan. Rata-rata yang berkahwin akan melalui fasa diuji, tak kira lah dari segi kewangan mahupun kesetiaan.
Dalam tempoh ini lah, masing-masing perlu memainkan peranan agar hubungan yang keruh dapat dijernihkan kembali agar tidak berlarutan sehingga ke fasa perpisahan. Bak kata pepatah, sedangkan lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri.
Bercerita soal perkahwinan, hubungan antara Sharnaaz Ahmad dan juga Noor Nabila masih menjadi tanda tanya ramai berikutan sehingga kini keputusan mereka di mahkamah masih belum selesai.
Bagaimanapun Sharnaaz memilih untuk berbaik dengan isterinya demi kebaikan masa depan anak tunggal mereka, iaitu Jebat Jayden yang kini sudah pun menjengah usia setahun.
Menurut Sharnaaz, apa yang paling utama adalah pembesaran Jebat dan juga tanggungjawab dia dan Nabila sebagai ibu bapa. Enggan mengulas lanjut soal rumah tangga, Sharnaaz memilih untuk berkawan dengan Nabila.
Dengan keadaan sekarang, mereka membentuk hubungan baik sebagai “co-parenting”. Sehubungan dengan itu, tiada isu yang boleh menyakitkan hati antara satu sama lain kerana tumpuan utama adalah membesarkan anak mereka bersama-sama.
Mengakui status sebagai seorang bapa, Sharnaaz enggan membuang masa lagi atau mengabaikan tanggungjawab makan serta pakaian Jebat. Malah Nabila pula perlu lakukan tugasnya sebagai ibu.
Setiap hari dia akan menghubungi Nabila bertanyakan soal anak. Tambah Sharnaaz, mungkin dia dan isteri tidak berjaya dalam perkahwinan namun mampu melakukan dengan baik sebagai “co-parenting”.
Sebagai peminat, kita doakan sahaja yang terbaik kepada pasangan ini agar menemui jawapan dan kebahagiaan yang dicari. Jelas lah anak adalah faktor terbaik untuk masing-masing muhasabah diri.