Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Setiap Muslim mesti menunggu 10 malam terakhir Ramadhan untuk membuat amal ibadah demi mendapat ganjaran yang berlipat ganda dan juga meminta ampun daripada Allah. Setiap yang beriman pasti mengambil kesempatan yang diberikan ini.
Malam Lailatul Qadar ini hanya Allah sahaja yang mengetahui, bila masanya dan kepada siapa daripada kalangan hamba-hambanya yang mengetahui. Para ulama berpendapat bahawa malam yang teristimewa ini hadir pada malam ganjil dalam 10 malam terkahir.
Namun begitu, pelakon jelita Bella Dally dikatakan antara yang sangat bertuah kerana dapat menyaksikan sendiri keindahan malam Lailatul Qadar sewaktu dia masih kecil. Bukan semua beruntung bertemu malam Lailatul Qadar tanpa sebarang persiapan.
Tambah Bella, peristiwa yang istimewa ini berlaku ketika dia masih lagi berada dalam linkungan umur sekolah rendah. Pengalaman ini merupakan suatu yang tidak dapat dilupakan dan sangat indah jika dikenang kembali.
Perkongsian yang dibuat Bella Dally menerusi Majalah Nona ini mendapat perhatian warganet. Dalam masa yang sama, Bella berdoa dan sangat berharap agar dia dapat bertemu kembali dengan malam teristimewa, malam Lailatul Qadar ini.
Sementara itu, sebagai seorang Muslim kita mestilah berusaha mengejar malam Lailatul Qadar dengan melakukan amal ibadat dan tidak lupa juga dengan bersedekah nescaya akan mendapat habuan pahala yang berlipat ganda demi bekalan di akhirat nanti.
Penulis mengucapkan agar amal ibadat kita semua akan diterima oleh Allah dan semoga berterusan sepanjang tahun sehingga bertemu kembali Ramadhan tahun hadapan.
Sumber : Nona