Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Hidup sebagai manusia di bumi Allah ini tidak dapat lari dari pelbagai bentuk ujian. Antara kisah yang selalu kita dengar adalah dari segi kesempitan hidup dan kekurangan sumber kewangan.
Disebabkan itu lah dalam agama kita menekankan soal zakat. Dalam setiap harta yang kita peroleh turut dimiliki oleh orang lain. Jangan takut untuk bersedekah kerana tangan yang memberi itu lebih besar ganjarannya berbanding tangan yang menerima.
Usahawan selebriti yang cukup terkenal dengan status jantinanya, iaitu Nur Sajat dilihat semakin aktif menghulurkan batuan berbentuk makanan kepada golongan yang memerlukan akibat terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Enggan melepaskan peluang, ini adalah waktu yang sangat sesuai untuk berkongsi rezeki dengan orang ramai. Dalam kenyataan terbaru Sajat menerusi laman Instagramnya meluahkan rasa sedih dan sayu melihat kedaifan yang terpaksa dilalui oleh mereka yang tidak bernasib baik.
Malah, bila melihat mereka yang susah, dia tidak menyangka bahawa masih ada individu yang mampu tinggal dalam sebuah rumah berkeadaan sedemikian. Tambah Sajat lagi, dia mengetahui nasib keluarga bekenaan hasil perkongsian dari pelanggannya sebelum ini.
Tidak sanggup melihat keluarga tersebut terus dihimpit kesusahan, Sajat telah merelakan hati untuk menyewakan rumah buat mereka dan menyediakan segala kelengkapan rumah. Ianya demi keselesaan keluarga ini dalam membesarkan anak.
Setiap bulan, figura ini akan membayar segala kos rumah sewa buat keluarga tersebut. Di akhir perkongsiannya, dia meminta orang ramai agar mendoakan segala urusan dia untuk membantu keluarga susah yang lain dipermudahkan.
Jelas lah bahawa dalam setandan pisang tak semuanya busuk. Perkara baik kita sokong, dan perkara bertentangan dengan agama kita tolak jauh ke tepi. Semoga usahawan lain dapat mengambil contoh Sajat ini dalam berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.