Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Bukan Balik Kosong! PATI Myanmar Diusir Malaysia Dikesan Bawa “Buah Tangan” Ke Tanah Air

Pada beberapa minggu yang lalu, penulis ada kongsikan kisah kejayaan Imigresen Malaysia berjaya menghantar pulang pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ke Negara asal mereka menerusi dua penerbangan.

Tindakan tersebut dibuat hasil kerjasama antara kerajaan Malaysia dan juga Myanmar dalam mengusir mereka yang datang ke Malaysia tanpa memiliki dokumen yang sah.

ARTIKEL BERKAITAN: Dtg Naik Tongkang, Balik Naik Flight! Beratus PATI Myanmar Berjaya “Diusir”, Jadi Perhatian Netizen

Sudah pasti dengan berita tersebut, ramai yang meluahkan rasa bangga dan gembira dengan usaha yang dilakukan memandangkan Negara kita dilihat menjadi tumpuan utama PATI. Ini berikutan, pelbagai isu sosial juga timbul melibatkan pendatang asing ini.

PATI DIHANTAR PULANG POSITIF COVID-19

Dalam perkembangan terbaru, sidang media yang dibuat Kementerian Kesihatan Malaysia semalam menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, terdapat 8 kes positif baru Covid-19 di Myanmar melibatkan mereka yang dihantar pulang.

Hal tersebut disahkan sendiri oleh pihak berkuasa Myanmar, menerusi Jurucakap Kementerian Kesihatannnya, Than Naing Seo, yang berjaya mengesan dalam kalangan rakyatnya yang diusir oleh kerajaan Malaysia baru-baru ini.

Menurut KKM lanjut, kesemua PATI, 473 orang yang dihantar pulang ke Myanmar ditahan pihak berkuasa Negara sebelum laksananya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi.

MEREKA SUDAH JALANI SARINGAN SEBELUM DIHANTAR PULANG

Mereka juga telah pun melalui saringan Covid-19 terlebih dahulu sebelum bertindak dihantar pulang ke Negara asal mereka.

Sebelum ini, Jabatan Imigresen Malaysia telah menahan lebih daripada 1,800 individu asing tanpa dokumen lengkap berada di Negara kita dalam dua serbuan. Usaha tersebut dibuat dalam membendung Covid-19 yang berkemungkinan ada dalam kalangan mereka.

Sudah pasti serbuan berkenaan menimbulkan rasa bimbang pihak berkuasa yang mana individu berisiko bersembunyi dan memungkinkan jangkitan dalam keadaan sesak di pusat tahanan.

Walau bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis jumlah kes baru di Negara kita masih ditahap berjaga-jaga. Namun ianya bukan tiket untuk rakyat berasa bebas dan boleh melakukan apa sahaja.

Suka diingatkan agar orang ramai kekal berada di rumah tanpa melibatkan diri di kawasan awam jika tiada urusan penting. Sentiasa jaga kebersihan di tahap optimum dan memakai topeng muka.

Kongsi artikel ini: