Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Dah Tiada Jalan Lain, Ezzaty Abdullah Jual Mi Udang Untuk Tampung Gaji Pekerja Yang Terjejas

Sebelum ini ramai yang menyangka hidup sebagai artis sangat lah beruntung dan dilimpahi kemewahan. Namun siapa sangka bahawa langit tidak lah selalu cerah. Hidup sebagai manusia tidak dapat lari dari pasang surutnya.

Begitu lah hal yang dilalui para artis. Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu, ramai antara mereka mula mencari pendapatan sampingan untuk menampung keperluan harian.

TERPAKSA PADAM STATUS, PERMINTAAN TINGGI

Salah seorangnya adalah Ezzaty Abdullah. Akui Ezzaty, awalnya dia menjual hanya untuk melepaskan rasa bosan tetapi tidak menyangka mi udang yang dibuat semakin mendapat sambutan dan kini menjadi lebih serius.

Sehingga kini, pelakon mirip Acha Septriasa ini terpaksa memadamkan status untuk mengambil tempahan di media sosial berikutan permintaan yang terlalu tinggi. Difahamkan Ezzaty tak menang tangan untuk membuatnya di dapur.

Dahulu dia sekadar bergurau memuat naik status di Instagram bertanyakan jika ada pengikut yang ingin membeli mi udang hasil air tangannya, dan hasilnya di luar jangkaan. Ramai pula yang membuat tempahan dan berminat.

Cuba bayangkan, tak sampai 10 minit status Ezzaty di Instagram, dia sudah pun menerima 60 pesanan tempahan. Buat masa sekarang dia enggan mengambil risiko dengan menerima terlalu banyak tempahan, takut nanti lain jadinya.

JUAL MI UDANG UNTUK TAMPUNG GAJI PEKERJA

Dalam pada itu, Ezzaty menjelaskan keputusannya untuk menjual mi udang ini berikutan ingin menampung gaji pekerja spa miliknya yang terjejas sepanjang PKP. Berniaga adalah jalan terbaik untuk dia tidak mengganggu wang simpanan bagi tujuan lain.

“Kami orang seni tiada pendapatan. Saya ada bisnes spa tapi masih belum boleh beroperasi selagi PKP dilaksanakan.”
“Saya dan Azwan dah pening memikirkan cara untuk membayar gaji staf kami. Kami tidak mahu menggunakan duit simpanan kerana duit itu mahu digunakan untuk membeli rumah. Ini salah satu cara saya dan suami cari duit.” Jelas Ezzaty lanjut.

Demikian lah kesan terhadap ekonomi rata-rata masyarakat kita hari ini. Jadi kita tidak lagi boleh leka dan perlu mengambil inisiatif lain dalam menjana pendapatan selagi ada peluang di depan mata.

Kongsi artikel ini: