Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Yang Lepas Tu Sudah Lah! Hana Azraa Buka Cerita Cara Jaga Hubungan Baik Dgn 2 Bekas Suami

Tak ramai di antara kita mampu menjaga sesuatu hubungan itu. Tambahan pula jika status dah berpisah. Masing-masing dengan ego dan perasaan sukar untuk memaafkan sesama mereka.

Apa pun berbeza dengan Hana Azraa. Rata-rata masyarakat di Negara kita sudah pun maklum mengenai perkahwinan Hana dan juga Pencetus Ummah (PU) Abu sudah pun berakhir setelah lama melalui kisah-kisah kurang baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Lama Berteka-Teki, Hana Azraa Buka Mulut! Akhirnya Dia Dan PU Abu Sah Bercrai
MASIH BAIK DENGAN KELUARGA DAN BEKAS SUAMI PERTAMA

Pada kali ini, penulis ingin kongsikan sisi lain yang ada pada Hana Azraa. Biar pun sudah lama berpisah dengan suami pertamanya, Hana memberitahu umum yang dia masih lagi mempunyai hubungan baik dengan bekas suami.

Tambah Hana, bekas suami pertamanya pernah datang ke rumah sambil ditemani teman wanita bertujuan berjumpa anak mereka, Aishah untuk dibawa berjalan-jalan. Selain itu, hubungan Hana dan juga keluarga mertua pun tetap sama, tiada jurang antara mereka.

Kredit: mStar Online

Namun ianya bukan perkara mudah untuk dilakukan. Bukannya berpisah hari ini, esok terus baik. Masa berpisah dengan suami pertama, Hana mengambil masa 3 tahun untuk kekalkan hubungan yang baik.

BUANG PERASAAN BENCI DAN EGO, DEMI MASA DEPAN ANAK

Alhamdulillah sehingga hari ini mereka baik-baik sahaja dan boleh menjadi sahabat demi kebaikan anak, Aishah. Hana berkongsikan perihal ini berikutan ada pengikutnya di laman sosial yang bertanyakan tip menjaga hubungan dengan ex.

Dalam pada masa yang sama, Hana menegaskan bahawa kita perlu menjauhi dari perasaan benci kerana ianya tak membawa apa-apa faedah pun. Kita perlu belajar buang perasaan ego dan sentiasa memaafkan kesalahan orang lain supaya hati sentiasa tenang.

HANA DAN PU ABU PUN SAMA, MASIH BAIK DEMI ANAK

Bukan hanya dengan bekas suami pertama sahaja, dengan PU Abu pun Hana turut melakukan perkara yang sama. Dia lakukan sedemikian bukan untuk diri sendiri tetapi demi kebaikan anak-anak. Jangan sebab orang tua, masa depan anak yang jadi mangsanya.

Natijahnya, jangan jadi seperti telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua. Jangan disebabkan kegagalan rumah tangga anak pula yang terkesan. Semoga perkongsian Hana ini memberikan kita seribu satu erti tentang pengorbanan.

Kongsi artikel ini: