Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Diam-diam Ubi Berisi! Respon DG Hisham kpd Pujian Penganalisis Krisis Yg Samakan Malaysia dan NZ

Sejak kebelakangan ini, jumlah kes positif di negara kita semakin menunjukkan penurunan yang ketara. Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasa oleh kerajaan memberi impak yang positif.

Tidak lupa juga, pengurusan kesihatan dan juga keselamatan yang sangat efisyen telah membantu membaik pulih wabak pandemik ini seluruh negara. Hal ini telah menyebabkan beberapa pihak di seluruh dunia memberi pujian dan pengiktirafan kepada kerajaan Malaysia kerana berjaya mengawal menangani wabak ini dengan langkah-langkah yang baik.

“ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORDS.”

Terbaru melalui satu posting yang telah dimuat naik di laman sosial Facebook oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mendapat perhatian ramai. Dr Noor Hisham telah memberi respon kepada seorang Penganalisis Pengurusan Krisis yang telah memuji usaha Malaysia dalam menangani wabak Covid-19.

Sumber Facebook

Dengan penuh rendah diri, beliau telah membalas dengan berkata bahawa bertindak itu lebih baik daripada berkata kata kosong. Seperti yang kita semua tahu, Dr Noor Hisham merupakan seorang yang sangat berdedikasi dengan tugasnya tanpa berharap sebarang balasan.

BUKAN HANYA NEW ZEALAND, MALAYSIA JUGA HEBAT !

Perkongsian yang dibuat oleh Pete Nicoll itu memberi perngatan kepada rakan laman Facebook dengan memaklumkan bahawa ketika dunia memandang New Zealand sebagai contoh terbaik, mereka lupakan kehebatan Malaysia.

Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia hampir dua bulan dilihat telah membuahkan hasil dengan menunjukkan penurunan kes posiitf saban hari. Tak lupa dengan itu, tanggungjawab setiap rakyat yang memberi kerjasama duduk diam dirumah juga memberi impak.

PETUGAS BARISAN HADAPAN YANG HEBAT

Perkongsian itu telah memaklumkan bahawa petugas barisan di Malaysia telah bertugas dengan suhu yang panas jika nak dibandingkan dengan keadaan di New Zealand. Petugas kesihatan juga telah memakai PPE yang banyak lapis demi menjalan kan tugas seharian.

Sumber Facebook

Tambahan juga, petugas kesihatan muslim juga tetap menunaikan ibadah puasa sewaktu bertugas di siang hari.

PERJUANGAN BELUM SELESAI!

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warganet yang rata rata telah memuji usaha kerja warga KKM demi kesihatan seluruh Malaysia.

Kerjasama semua petugas barisan hadapan dan juga rakyat membantu Malaysia menghampiri kejayaan memerangi wabak Covid-19 ini. Dalam masa yang sama, Datuk Dr Noor Hisham juga memberi pesan agar kita semua bertanggungjawab dengan diri sendiri dan sekeliling kerana perjuangan ini belum lagi selesai.

Sumber: Facebook Noor Hisham Abdullah

Kongsi artikel ini: