Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Negara Jadi Tumpuan Ramai! Lepas Bot Rohingya, Maritim Malaysia Berjaya Halau 50 Bot Nelayan Vietnam

Kita patut berasa bangga dan bersyukur kerana hidup di Negara Malaysia yang penuh aman makmur. Lihat sahaja dari aspek ekonomi dan pembangunan Negara, ramai masyarakat luar mula mencemburui kejayaan yang diraih Negara.

Biar pun memiliki pelbagai bangsa dan juga agama, namun rakyat di Negara kita masih mampu saling menyantuni antara satu sama lain.

Disebabkan faktor ini lah ramai warga asing mula untuk cuba memasuki dan berada di Negara kita, Malaysia. Antara yang menjadi tumpuan adalah Rohingya, Bangladesh, Indonesia dan beberapa Negara jiran lain.

50 BOT NELAYAN DARI VIETNAM BERJAYA DIUSIR KELUAR

Sebelum ini pihak berkuasa telah berjaya menghalang dua buah bot yang memuatkan beratus warga Rohingya yang cuba menceroboh perairan Negara di Langkawi.

Terbaru, menurut BERNAMA Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Terengganu berjaya mengesan bot nelayan dari Vietnam. Difahamkan APMM telah mengusir keluar sebanyak 50 bot nelayan dari Negara berkenaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menurut keterangan dari Pengarah Maritim Negeri Terengganu iaitu Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli, dalam tempoh 11 Mei hingga lah 15 Mei, sebanyak 10 buah bot telah pun berjaya diusir keluar dari berada di perairan Negara.

PANTANG LEKA SIKIT, MASIH ADA PENCEROBOHAN BERLAKU

Tambah Suffi lagi, dia tidak menafikan yang masih ada pencerobohan berlaku di beberapa lokasi lain. Mereka mengambil peluang sewaktu bot atau pun kapal penguatkuasa sedang melaksanakan rondaan di tempat lain dan juga semasa ulang bekal ke pangkalan.

Dalam pada itu, Pihak Maritim Malaysia dalam usaha mencari pendekatan cara lain bersama agensi-agensi terlibat dalam menangani isu kemasukan bot atau kapal nelayan asing ini ke negara kita.

OPERASI TETAP DITERUSKAN DI BULAN PUASA DAN HARI RAYA

Biar pun dalam keadaan umat Islam sedang berpuasa dan bakal menyambut bulan Syawal, pihak mereka tetap akan meneruskan rondaan seperti biasa. Dikatakan empat ke lima bot bersama 100 orang kekuatan anggota akan terlibat.

Sudah pasti keadaan ini tidak boleh dipandang ringan memandangkan pelbagai kemungkinan boleh berlaku sepanjang tempoh pandemik ini. Justeru semoga pihak berkuasa diberi ketabahan dalam menjalankan misi mereka di lautan biru.

Kongsi artikel ini: