Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Enggan Timbul Salah Faham, Dr. Erin Bongkar Perbualan! Pergi Sendiri Jumpa Bekas Isteri Serah Da’i Farhan

Lepas satu per satu episod rumah tangga Da’i Farhan dan juga Dr. Erin perlu lalui. Selepas beberapa bulan mendirikan rumah tangga, akhirnya mereka berdua terpaksa akur dan mengambil keputusan untuk berpisah secara baik.

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Dr. Erin menerusi laman Instagramnya pada beberapa minggu lalu. Biar pun mereka dilihat sangat bahagia, hakikatnya ada sesuatu yang membelengu keduanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Berakhirnya Cinta Wanita Kaabah! Dr. Erin Sah “Dilepaskan” Da’i Farhan Demi Kebahagiaan Org Lain
KONGSI PERBUALAN BERSAMA DA’I FARHAN

Sejurus kejadian, pelbagai tomahan yang diterima oleh Dr. Erin daripada orang ramai. Enggan timbul salah faham lagi, Dr. Erin terbaru ada berkongsikan beberapa screenshot perbualannya bersama bekas suami.

Dia selama ini ikhlas meminta untuk dilepaskan demi kebahagiaan Da’i Farhan dan juga bekas isteri terdahulu, Fatin. Tambahnya lagi, dia hanya akan berasa gembira jika insan yang dia sayang terlihat gembira.

Tujuan dia berkongsikan perbualan tersebut juga bagi membetulkan persepsi netizen selama ini yang tidak putus-putus melemparkan kata-kata kurang baik terhadap rumah tangga yang dibina.

Sumber Oh Bulan!
Sumber Oh Bulan!

DA’I FARHAN MURUNG SOAL ANAK, DR. ERIN GAGAHKAN DIRI KE TERENGGANU

Selepas menyedari Da’i Farhan mengalami masalah dengan soal anak dan isu crai sebelum ini, Dr. Erin gagahkan diri ke Terengganu untuk berjumpa sendiri dengan Fatin bagi memulangkan kembali kebahagiaan mereka.

Dalam pada masa yang sama, Dr. Erin tidak sanggup melihat keadaan Da’i Farhan yang kusut memikirkan anak-anak yang jauh dari pandangan mata. Jadi, satukan semula mereka adalah keputusan terbaik yang perlu dibuat.

“Saya juga tak sanggup tengok anak-anak ustaz jauh dari ayah mereka sebab saya sayang anak-anak tu macam darah daging saya sendiri.” Ujar Dr. Erin.
Sumber Oh Bulan!
Sumber Oh Bulan!
MASIH BERHUBUNG SECARA BAIK DENGAN BEKAS SUAMI

Mereka berdua dikatakan masih berhubung secara baik menerusi pesanan ringkas dan juga panggilan video untuk mengetahui perkembangan anak-anak.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Gambar Berpelukan Bekas Isteri Suami! Dr. Erin Cerita Kisah Sikap Farhan Hingga Sanggup Bermadu

Di akhir perkongsian, Dr. Erin memohon agar orang ramai tidak lagi meletakkan kesalahan ke atas mana-mana pihak mahu pun dia atau bekas suami, Da’i Farhan. Apa yang berlaku adalah ujian hidup yang perlu dilalui mereka berdua.

Sumber Oh Bulan!

Kesimpulannya, kesilapan dalam kehidupan mendewasakan hari-hari kita. Semoga Dr. Erin, Da’i Farhan dan Fatin dapat berdamai dan bahagia dengan kehidupan mendatang.

Kongsi artikel ini: