Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Mendengar kepada tajuk cerita sudah pasti membuatkan anda mula garu kepala. Jangan dibuat main dengan undang-undang dunia sekarang. Bukan setakat manusia, malah haiwan pun boleh dikenakan hukuman jika melanggar arahan.
Seperti mana umum peka, dunia sedang dilanda wabak pandemik. Saban hari ada sahaja kes yang dilaporkan dan mula meningkat. Jadi, bagi mengelakkan ia terus berantai, kebanyakan Negara mula mengenakan perintah berkurung kepada rakyatnya.
Kisah ini berlaku di Negara jiran kita iaitu Thailand. Negara berkenaan telah mengenakan undang-undang kepada sesiapa sahaja yang berkeliaran luar dari kawasan rumah pada jam 10 malam sehingga 4 pagi.
Jika didapati sengaja melanggar arahan tersebut, mereka akan ditangkap dan dikenakan tindakan. Ingatkan arahan tersebut berkuatkuasa pada manusia sahaja, rupanya haiwan pun turut sama.
Difahamkan seekor kucing telah ditangkap berikutan telah keluar berkeliaran dalam tempoh yang dilarang. Sejurus itu, pihak berkuasa Thailand mengambil gambar “mugshot” wajah kucing yang ditahan tersebut.
Dalam gambar “mugshot” menunjukkan kucing berkenaan telah memegang papan dengan tulisan berbunyi “saya telah keluar rumah selepas pukul 10 malam dan melanggar perintah berkurung.” Sekali gus mendapat perhatian di media sosial.
Sudah pasti hal tersebut menjadi tumpuan. Dengan kucing pun pihak berkuasa di sana nak ambil kisah. Daripada menyebok jaga kucing, lebih baik dia selesaikan isu mabuk atau kes-kes jenanyah yang lain.
Seekor kucing mana mungkin faham dengan arahan pihak kerajaan melainkan diasuh dan diajar dengan cara tersendiri.
Melihat kepada reaksi orang ramai, rata-rata terhibur melihat wajah kucing dalam “mugshot” menunjukkan reaksi masam. Seolah-olah faham dengan kesalahan yang telah dilakukan.
Apa pun, semoga undang-undang di Negara kita tidak lah termaktub untuk haiwan. Kalau tidak, habis kerbau dan lembu yang selalu merayau di tengah jalan raya waktu malam di tahan pihak berkuasa kelak.
Sekali lagi penulis ingatkan, patuh pada arahan kerajaan. Kekal berada di rumah sahaja jika tiada urusan penting dan sentiasa menjaga kebersihan diri. #kitajagakita