Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Dewasa kini bukan mudah untuk seseorang itu ingin mencari pasangan yang betul-betul mampu untuk hidup dalam keadaan susah dan senang bersama-sama. Bila suami dah setia, isteri pula yang buat perangai.
Antara yang boleh dijadikan contoh adalah pelakon veteran era 90-an iaitu Edika Yusof. Peminat sudah pun maklum yang dia salah seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab kepada isteri.
Ianya dibuktikan sendiri apabila sanggup menjaga isteri yang lumpuh separuh badan sejak 15 tahun yang lalu lagi. Antara punca pendapatan pelakon kacak ini adalah menerusi lakonan televisyen semata-mata.
Dan sejak Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan sebelum ini, sudah pasti ianya telah merencat ekonomi Edika dan keluarga dalam meneruskan kehidupan seharian.
Sehubungan dengan itu, Edika ada berkongsikan nasib yang menimpa dirinya apabila tidak layak untuk menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) seperti mana diumumkan pihak kerajaan dalam memberi insentif disaat rakyat berada dalam kesempitan.
Perkara ini diluahkan menerusi komen Edika di laman Instagram apabila salah seorang netizen telah memerli pelakon berkenaan dengan bertanyakan lokasi percutian ke luar Negara pada tahun hadapan.
Enggan timbul salah faham, Edika tampil menjelaskan yang dia sudah pun 15 tahun tidak bercuti dan memberi tumpuan penuh pada kesihatan isteri. Dia ke luar Negara dahulu atas tuntutan kerjanya sebagai pramugara sahaja.
Komen individu berkenaan mendapat perhatian gara-gara tidak peka dengan keadaan menimpa Edika dan isteri, Norhidayah.
Melihat kepada reaksi pengikutnya yang lain, rata-rata memberi kata-kata semangat. Mereka juga memberi pendapat bahawa permohonan Edika ditolak berkemungkinan ada terlibat dengan perniagaan sendiri.
Jadi sebaiknya dia membuat permohonan rayuan melalui portal rasmi BPN atau pun melewati kaunter fizikal LHDN berhampiran untuk semakan lanjut.
Jelas lah bahawa pandemik sangat memberi kesan kepada ekonomi masyarakat. Hal ini berikutan masing-masing terikat dan tidak dapat melakukan urusan kerja seperti kebiasaan.
Semoga urusan Edika dan keluarga dipermudahkan dan mendapat perhatian sewajarnya dari pihak berwajib kelak.