Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Dengan Nada Pelat, Si Cilik Titip Doa Sempena Hari Jadi Tan Sri Muhyiddin Yassin. Cuit Hati Netizen

Perdana Menteri (PM) Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-73 hari ini. Sekali gus mendapat reaksi ramai rakyat di media sosial. Rata-rata menggunakan peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Abah.

Mereka juga dilihat sempat mendoakan agar beliau sentiasa dalam keadaan sihat dan berada dalam rahmat Allah sentiasa.

VIDEO SI CILIK UNTUK HARI JADI PM DAPAT PERHATIAN

Tidak melepaskan peluang, peminat cilik Muhyiddin Yassin iaitu Qaisarah Jannah Abdul Nazar yang berusia emat tahun ada mendedikasikan ucapannya kepada PM, telah menarik mata orang ramai.

Video yang berdurasi 1 minit 13 saat tersebut memperlihatkan Qaisarah menitipkan doa kepada Muhyiddin Yassin agar terus kuat menghadapi pemerintahan yang diuji dengan cabaran Covid-19.

BERDOA DALAM PELAT MAT SALEH

Yang menariknya, Qaisarah melakukan hal tersebut dalam pelat Bahasa Inggeris yang sudah pasti menjadi kejanggalan untuk rakyat Malaysia terutamanya. Jarang melihat kanak-kanak semuda Qaisarah dapat bertutur dalam Bahasa tersebut dengan baik sekali.

“Ya Allah Ya Rab, Ya Rahman Ya Rahim. Berikan Tan Sri Muhyiddin Yassin kesihatan yang baik. Berikan lah dia kekuatan untuk berlawan dengan wabak pandemik Covid-19 di Negara ini. Dan semoga dia terus bersemangat.” Titip Qaisarah.

Video tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu Qaisarah, Siti Hasnah Abd Karim berikutan anaknya sangat bersemangat untuk merakam ucapan sedemikian sempena hari jadi PM kita.

DAH PETAH BERCAKAP SEJAK USIA 3 TAHUN

Menurut Siti, anaknya sangat petah bercakap sejak usianya menjangkau 3 tahun lagi dan juga memiliki daya ingatan yang tinggi. Sehingga hari ini, Qaisarah akan mengucapkan kata-kata hari jadi kepada semua kenalannya.

Menurut Siti lagi, anaknya itu sangat mudah untuk faham dari setiap penglihatannya di kaca televisyen atau pun video. Jadi dia kenal siapa Perdana Menteri Malaysia dan keadaan yang berlaku di sekeliling.

Bila berbuat baik kita akan dibalas baik. Dapat dilihat rata-rata masyarakat mula senang dengan perwatakan yang ditunjukkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Semoga ianya berkekalan dan pentadbiran Negara mendapat rahmat Allah s.w.t.

Kongsi artikel ini: