Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

PATI Dihalau Setelah Lama Berkuasa! Belia Menganggur Ditawar Gaji “Lumayan” Di Pasar Borong

Sebelum ini kebanyakan pasar basah di sekitar Lembah Klang dimonopoli oleh warga asing sekali gus mengundang rasa kurang selesa ramai rakyat. Namun semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelbagai usaha yang diambil oleh pihak kerajaan dalam membasmi hal sedemikian.

Antaranya, dalam perkembangan terbaru Kementerian Wilayah Persekutuan di bawah pimpinan Tan Sri Annuar Musa telah mengambil pendekatan lain dengan menawarkan peluang pekerjaan di Pasar Borong Kuala Lumpur bagi golongan belia yang menganggur.

GAJI DI PASAR BORONG DITAWARKAN RM2,400 SEBULAN

Apa yang lebih menarik lagi, gaji yang ditawarkan kepada mereka yang berminat adalah RM2,400 sebulan, suatu angka yang relevan dan sangat berbaloi untuk dinikmati.

Jelas Annuar Musa, khidmat pekerja tempatan di pasar borong ini sangat lah diperlukan memandangkan warga asing tidak lagi dibenarkan bekerja di sana dan pekerja tempatan yang sedia ada masih tidak mencukupi.

Dalam pada itu, dia juga ada menerangkan yang pihaknya sedang berusaha untuk memberikan pekerja tempatan dengan kaedah baru iaitu suasana kerja yang lebih baik beserta tempat tinggal dan juga pengangkutan yang teratur.

MEMBANTU BELIA YANG TERJEJAS DENGAN PKP

Umum sudah pun maklum semenjak Annuar Musa memegang tampuk ini, ada sinar baru buat warga tempatan. Terdahulu golongan gelandangan diberi peluang pekerjaan dalam sektor perkilangan yang ditawarkan dengan gaji RM1,400 hingga RM1,600 sebulan.

Terbaru, peluang pekerjaan bagi belia yang menganggur ini adalah inisiatif kerajaan dalam menjaga periuk nasi mereka yang terjejas sepanjang PKP.

Selain itu, pihaknya juga dalam perancangan menawarkan skim sewa beli untuk golongan B40 yang berusia 35 tahun ke bawah dalam memiliki rumah pertama mereka sendiri.

DUIT SEWA AKAN DIKEMBALIKAN UNTUK KEGUNAAN DEPOSIT

Sebanyak 1,000 unit rumah yang memiliki 3 bilik bakal ditawarkan dengan sewa bulanan sekitar RM800 hingga ke RM850 sementara rumah mampu milik siap sepenuhnya.

Selepas siap rumah mampu milik yang berharga RM200,000 itu, mereka boleh membeli rumah berkenaan dan sebahagian daripada sewa akan dikembalikan untuk bayaran deposit kelak.

Sudah pasti berita ini satu perkhabaran baik untuk mereka yang masih terpinga-pinga dalam berjuang dengan ekonomi keluarga. Semoga dengan usaha kerajaan ini dapat dihargai oleh rakyat Malaysia.

Kongsi artikel ini: