Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Melampau Sangat! Lelaki Rohingya Enggan Beri Kerjasama Kepada Polis, Sengaja “Kencing” Dlm Kereta

Banyak isu hangat yang timbul berkaitan dengan warga asing yang masing masing dengan perangai sendiri dan sering kali ingkar dengan arahan serta peraturan pihak kerajaan. Pendatang Rohingya salah satunya membawa isu yang hangat.

Kebanyakan mereka yang lengkap dengan dokumen ataupun yang datang sehelai sepinggang kian membanjiri di setiap sudut pekerjaan, terutamaanya di pasar borong dan juga tapak pembinaan.

PENGALAMAN PAHIT MENGURUSKAN WARGA ASING

Terbaru, satu perkongsian yang telah dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenanyah Kontijen Pahang berkaitan dengan pengalaman mereka berdepan dengan karenah warga asing berikutan satu tangkapan, sekali gus mendapat perhatian warganet.

Melalui posting yang dimuat naik di laman Facebook, pihak polis dipercayai sedang menguruskan kes warga asing daripada negara Myanmar dan difahamkan merupakan lelaki berbangsa Rohingya.

Menurut entri berkenaan, warga asing tersebut telah mempamerkan sikap tidak sopan terhadap pegawai yang bertugas walaupun pada awalnya mereka bercakap dengan nada yang lembut.

“ Cakap dah lemah lembut tapi dibalas dengan mempertikaikan undang undang Malaysia dan memang tak nak bagi kerjasama.”
MENJERIT DAN BERTINDAK DILUAR KAWALAN

Difahamkan, insiden tersebut berlaku di hadapan khalayak ramai. Warga asing itu sangat berani meninggikan suara kepada pegawai polis beruniform serta bertindak agresif dengan mereka.

Sumber Facebook

Hal ini menyebabkan pihak berkuasa terpaksa mengambil langkah-langkah sepertimana termaktub di dalam akta bagi membuat penangkapan ke atas warga asing berkenaan. Telah berlaku beberapa pergelutan antara mereka sepanjang proses tersebut.

Tak cukup dengan itu, ketika dalam perjalanan untuk dibawa ke balai menaiki kenderaan hak milik kerajaan, warga asing tersebut sekali lagi bertindak membuang air di dalam kereta dengan sengaja.

Sudah pasti tindakan ini merupakan sesuatu yang sangat tidak beretika dan seolah-olah tidak menghormati tugas kakitangan kerajaan.

“SABAR… Sengaja pulak kencing dalam kereta peronda.”

Sebagai pendatang asing di negara kita, bangsa Rohingya sudah mula tunjuk belang dan mula meminta hak-hak yang tidak sepatutnya seperti mana penulis kongsikan dalam artikel sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah Pijak Kepala Tuan Rumah! Lelaki Bongkar Tuntutan Presiden Rohingya Malaysia, Undang Rasa Tak Selesa Netizen

Natijahnya, perilaku ini lah yang membuatkan ramai di antara kita mula berang dengan warga asing. Datang tak dijemput, perangai pula tak semengah mana.

Kongsi artikel ini: